Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Penggunaan ‘Weigh In Motion’...

KUANTAN - Kementerian Kerja Raya bercadang melaksanakan penggunaan penimbang berat kenderaan 'Weigh In...

Lebuh Raya Kita Antara...

SISTEM lebuh raya di Malaysia yang meliputi jarak 2,000.58 kilometer (KM) ketika ini,...

Thaipusam Kekal Bukan Hari...

SINGAPURA – Kementerian Tenaga Manusia (MOM) bertegas menyatakan, Thaipusam tidak akan dijadikan sebagai...

Tol Percuma, Diskaun Sabtu...

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju untuk memberi tol percuma dan diskaun melibatkan 30 lebuh...

Wanita Berusia 60 Tahun Di Sabah Positif Jangkitan Zika

KUALA LUMPUR – Satu lagi kes jangkitan virus Zika dikesan melibatkan seorang wanita berusia 60 tahun di Sabah, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak lapan kes dilaporkan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia merupakan kes kedua dilaporkan di negeri itu.

Kes pertama Zika di negeri itu melibatkan seorang lelaki berusia 61 tahun yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

“Keputusan ujian yang dilakukan Institut Penyelidikan Perubatan menunjukkan bahawa sampel darah dan air kencing wanita itu, positif jangkitan Zika,” kata Noor Hisham dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pada 24 Sept lalu, pesakit yang menetap di Kota Kinabalu itu hanya mengalami gejala ruam dan telah mendapatkan rawatan di hospital swasta pada 25 Sept sebagai pesakit luar.

“Hasil siasatan lanjut mendapati pesakit ini tidak pernah melawat negara yang endemik jangkitan Zika dalam masa terdekat atau tidak pernah berjumpa dengan mana-mana pesakit Zika.

“Di samping itu, suami serta anak pesakit yang tinggal serumah juga tidak menunjukkan sebarang gejala dan tanda-tanda penyakit Zika,” katanya.


Noor Hisham berkata aktiviti kawalan iaitu ‘larvasiding, pendidikan kesihatan dan pengabutan telah dilaksanakan terhadap 258 premis di lokaliti kediaman dan tempat lain yang pernah dilawati pesakit.

Terdapat sebanyak tujuh kes yang disahkan positif Zika di seluruh negara sejak 1 hingga 29 Sept dan sebanyak 163 kes mempunyai gejala dan tanda-tanda jangkitan Zika telah dilaporkan, namun kesemuanya menunjukkan keputusan ujian yang negatif.

Beliau menasihati individu yang mengalami demam, ruam, konjunktivitis dan lain-lain gejala Zika serta pernah melawat ke negara endemik Zika atau mempunyai kontak kepada pesakit Zika segera berjumpa dengan doktor. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori