Wednesday, December 18, 2024

Creating liberating content

Dengar Suara Malaikat Sebelum...

KOTA BHARU - Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang dipercayai membunuh anak berusia...

Khairiah Dilantik Semula, Angkat...

KUALA LUMPUR - Khairiah Mohamed yang dilantik semula sebagai senator bagi mewakili Kerajaan...

Penggunaan Vape Babitkan Remaja...

Kuala Lumpur : Sebanyak 28 notis kesalahan penjualan rokok dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia...

Persiapan Hari Raya Musnah...

KUALA TERENGGANU - Persiapan hari raya seorang bapa tunggal bersama dua anaknya musnah...

Wanita Mampu Memimpin Pasukan Bomba, Penyelamat

KOTA BHARU – Timbalan Penguasa Bomba Zaini Bidin menyifatkan pelantikannya sebagai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu pada 2013 bagi mengetuai pasukan yang kesemua anggotanya lelaki adalah kerana kepercayaan terhadap keupayaannya untuk memimpin.

“Jika mempunyai kelayakan dan kekuatan mental serta fizikal, wanita juga mampu memegang jawatan inggi dalam pasukan sama seperti lelaki.

“Memang wajar lebih ramai wanita diberi peluang tetapi jangan hanya memenuhi kuota…wanita perlu tunjukkan yang mereka boleh bekerja dengan baik,” katanya yang telah 28 tahun berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Mengimbau penglibatan sebagai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bahru, beliau berkata tragedi ‘bah kuning’ di Kelantan pada 2014 menguji keupayaannya dalam mempimpin pasukan untuk melakukan usaha menyelamat.

“Keputusan serta strategi saya bincang secara bersama dengan pasukan dan ketika ini kekuatan mental serta fizikal memang diperlukan,” katanya kepada Bernama.

Zaini yang pada mulanya tidak menyangka akan dipilih untuk menerajui pasukan beruniform itu berkata, “wanita juga merupakan tonggak kekuatan dalam pasukan. Apa yang paling penting adalah jangan sesekali membuat keputusan mengikut emosi serta perlu mempunyai pendirian tersendiri.”

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Keusahawanan dan Inovasi Global (GERIC) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Dr Nik Maheran Nik Muhammad berkata lebih ramai wanita perlu diberi peluang menjawat jawatan pada peringkat tertinggi dalam negara.

“Jika dilihat ketika ini, golongan wanita lebih ramai di universiti awam serta swasta. Ini membuktikan intelligence quotient (darjah kecerdasan otak) golongan wanita adalah setanding dengan lelaki,” katanya.


Beliau berkata usaha kerajaan memperkasakan wanita merupakan langkah yang baik kerana golongan itu merupakan kunci kejayaan negara.

Dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, sebanyak 74 daripada 364 inisiatif adalah mengenai dan berkaitan dengan wanita, termasuk 25 pengisian khusus untuk kaum hawa.

Antaranya adalah BN komited memastikan 30 peratus representasi wanita di Dewan Negara melalui pindaan Perlembagaan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori