Warga Emas Maut Lepas Minum Cecair Peluntur Di KL

SEORANG wanita warga emas menempah padah apabila maut dipercayai akibat meminum cecair peluntur di rumahnya di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, petang semalam.

Ketika kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa yang berusia 74 tahun dikatakan keluar dari bilik air dalam keadaan yang mencurigakan sebelum masuk ke bilik tidurnya.

Bagaimanapun, hal itu disedari anak mangsa selepas terhidu bau cecair peluntur yang sangat kuat.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, anak mangsa kemudian segera membuat pemeriksaan di bilik air sebelum menemui bekas bahan pencuci itu.

“Bimbang dengan keadaan itu, anak mangsa terus mengetuk pintu bilik mangsa beberapa kali namun tidak berjawap.

“Dia bersama suaminya bertindak memecahkan pintu bilik dan mendapati ibunya terbaring dalam keadaan sesak nafas sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya.


Namun, mangsa gagal diselamatkan selepas disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan akibat keracunan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Harian Metro

https://www.youtube.com/watch?v=KWBwg4YXxUo

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • maut

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Dua Hilang Ketika Keluar Memancing Di Semporna

SEMPORNA: Dua warga asing dilaporkan hilang ketika keluar memancing di perairan Pulau Mataking di...

Ibu Negara Baharu Indonesia Dinamakan Nusantara

JAKARTA: Ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur akan dinamakan sebagai Nusantara. Perkara itu diumumkan...

Penggunaan Katil Hospital Di Melaka Masih Terkawal

MELAKA: Penggunaan katil di tiga hospital kerajaan di negeri ini masih terkawal iaitu pada...

Ringgit Bakal Pulih Apabila Ekonomi Bangkit – HSBC

KUALA LUMPUR: HSBC Group percaya ringgit yang di bawah nilai ketika ini bakal pulih...

SMTrack Terajui Konsortium Pembiayaan Projek 5G

PETALING JAYA: Konsortium yang dianggotai enam syarikat senaraian awam dan 5G Infra Tech Solution...

Remaja Curi Tabung Masjid: Hukuman Penjara, Denda Diketepikan

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, mengenepikan hukuman penjara 10 hari dan...

Tsunami Landa Jepun, Kerajaan Arah Lebih 200,000 Orang Pindah

TOKYO – Ombak tsunami setinggi satu meter dilaporkan melanda beberapa kawasan pantai di Jepun...