Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Usul Desak Lim Ambil...

GEORGE TOWN - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang...

Sekolah Beroperasi Seperti Biasa...

KOTA BHARU - Semua sekolah di seluruh negara akan dibuka semula mulai esok...

Rangka Tindakan MINDEF Tawar...

PORT DICKSON - Pelancaran Rangka Tindakan Perumahan Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberi peluang kepada...

Mapim Seru Salurkan Bantuan...

SEPANG - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini menyeru rakyat Malaysia...

Warga Kemas Perlu Kekalkan Beri Perkhidmatan Terbaik

KOTA TINGGI – Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) perlu memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai adalah yang terbaik dan berkualiti.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Pembangunan Kemas Malaysia, Hassan Manap berkata ini bagi memastikan persepsi orang ramai terhadap agensi itu kekal positif.

“Seterusnya sebagai contoh terbaik, supaya mereka akan sentiasa diiktiraf sebagai agensi yang membantu rakyat setiap masa,” katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 dan Persaraan Kemas Negeri Johor di Dewan Bandaran Kejora, Bandar Penawar, Pengerang di sini.

Pada majlis itu, seramai 136 kakitangan Kemas negeri ini menerima anugerah manakala 17 kakitangan jabatan yang bersara pada tahun lalu turut diraikan.


Hassan berkata penganugerahan itu diadakan sebagai platform untuk mengiktiraf warga kerja seterusnya menghargai kejujuran, produktiviti, komitmen, ketepatan masa, kepimpinan dan personaliti pegawai kakitangan jabatan itu.

“Semoga mereka menjadi contoh dan pendorong kepada warga kerja Kemas lain untuk terus berusaha meningkatkan kualiti dan prestasi kerja seterusnya menjadikan Kemas sebagai agensi yang terbaik,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori