Warga Syria Terkandas Di KLIA2 Perlu Penapisan

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri sedang mempertimbangkan pemberian pas khas melalui Program Penempatan Sementara Migran Syria (PPSMS) kepada seorang lelaki warga Syria yang terkandas lebih sebulan di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata sekiranya diluluskan, lelaki berkenaan perlu melalui proses penapisan yang sama seperti migran Syria yang lain.

“Ini kerana kita perlu menyiasat terlebih dahulu latar belakang individu berkenaan untuk memastikan tiada masalah keselamatan dan perkara yang berkaitan lain.

“Kita perlu berhati-hati untuk membuat pertimbangan permohonan (seperti ini) khususnya daripada rakyat Timur Tengah yang sedang menghadapi peperangan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari Imigresen dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 Jabatan Imigresen di Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Hassan al Kontar, 36, mendakwa tinggal di lapangan terbang terbabit sejak 7 Mac lalu bimbang ditangkap jika dihantar pulang ke Syria, di mana perang saudara berlanjutan selama tujuh tahun.

Hassan menghantar blog video mengenai kehidupan sehariannya di Twitter dan Facebook sehingga menarik perhatian kumpulan hak asasi manusia dan media.

Nur Jazlan berkata penapisan terhadap program PPSMS dilakukan bagi memastikan unsur keganasan termasuk Daesh tidak memasuki negara ini.


Ditanya bilakah keputusan mengenai pertimbangan tersebut, Nur Jazlan berkata: “Ini bukan perkara mudah, kita pun tidak tahu latar belakang beliau.

Kejadian ini pun terjadi sekali sekala. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...