Sunday, December 15, 2024

Creating liberating content

Jawatankuasa Khas Pastikan Bekalan...

PUTRAJAYA - SebuahĀ jawatankuasa khas yang diketuai oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri...

Bot Terbalik: Mayat Seorang...

KOTA BHARU - Mayat seorang lagi mangsa tragedi bot terbalik dalam kejadian Sabtu...

Trump Beri Amaran Keras...

WASHINGTON ā€“ Presiden Amerika Syarikat(AS), Donald Trump membalas komen perang Presiden Iran, Hassan...

Kesedaran Usahawan Online Daftar...

WALAUPUN masih lagi dianggap baharu berkembang di negara ini, bilangan peniaga secara talian...

YDPA Sempurnakan Istiadat Pertukaran Panji RAMD

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan menyempurnakan istiadat Pertukaran Panji-panji Rejimen Batalion Kesebelas dan Kelima Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Kem Sungai Besi, di sini.

Baginda yang juga Kolonel Yang Dipertua RAMD turut bertitah meminta agar kedua-dua batalion mengotakan ikrar yang dilafazkan pada hari ini agar negara tetap terpelihara daripada sebarang ancaman musuh.

“Beta juga amat berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kedua-dua batalion dalam melaksanakan amanah yang diberi oleh rakyat jelata.

“Justeru, beta menaruh sepenuh kepercayaan bahawa kedua-dua batalion ini agar dapat terus mengekalkan keyakinan rakyat,” titah baginda selepas acara Perbarisan Mara Menghadap di sini, Sabtu.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.


Baginda juga meminta seluruh anggota pasukan tentera itu menyanjung penghargaan dan keyakinan yang diberikan oleh rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara yang berdaulat.

Terdahulu, baginda berkenan memeriksa perbarisan kehormatan kedua-dua batalion yang keseluruhannya terdiri daripada 38 pegawai dan 608 anggota diketuai Pegawai Memerintah 11 RAMD, Lt Kol Mohd Kamil Abdul Latif dan Pegawai Memerintah 15 RAMD, Lt Kol Mat Noh Ngadiman.

Perbarisan kali ini merupakan pertukaran panji-panji rejimen kali kedua diadakan secara serentak selepas pertukaran panji-panji rejimen Batalion Pertama dan Batalion Kelapan pada tahun 2010.

Turut hadir Pengerusi RAMD Lt Jeneral Datuk Sri Zulkiple Kassim. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori