Sunday, November 17, 2024

Creating liberating content

494 Syarikat Hasil Jualan...

ALOR SETAR - Sebanyak 494 syarikat yang mempunyai hasil jualan lebih RM5 juta...

Mufti Kelantan Tegur Pasangan...

KOTA BHARU - Meskipun ajaran Islam menggalakkan pasangan suami isteri menunjukkan kasih sayang...

TPP: 11 Negara APEC...

DANANG - Menteri ekonomi dari 11 negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)...

Piala FA: Pemeriksaan Ketat...

KUALA LUMPUR - Tiga lapisan pencegahan akan dilaksanakan oleh pihak keselamatan terhadap penonton...

Zairil Khir Johari Diumum Presiden FAP Baharu

GEORGE TOWN – Anggota Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari diumum sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) yang baharu mengantikan Datuk Nazir Ariff Munshi Ariff yang meletak jawatan Januari lepas.

Pelantikan Zairil yang sebelum ini merupakan pengurus pasukan skuad Harimau Kumbang itu diumumkan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) FAP malam ini.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, beliau berkata harapan beliau adalah untuk membangunkan bola sepak Pulau Pinang secara keseluruhan.

Mengenai perasaan tidak puas hati sesetengah penyokong terhadap pelantikannya, katanya beliau tidak boleh memuaskan hati semua orang.

“Bola sepak juga ibarat politik. Kita tidak boleh puaskan hati semua orang. Pasukan kita masih baru tetapi saya lihat mereka mempunyai potensi untuk melangkah lebih jauh,” katanya.

Kira-kira 200 penyokong tegar Pulau Pinang mengadakan demonstrasi di luar perkarangan Penang Institut, tempat EGM itu berlangsung bagi mendesak Zairil agar meletak jawatan berikutan tiga kekalahan Pulau Pinang berturut-turut.

Wakil penyokong Zamzuri Ibrahim berkata mereka pihaknya mendesak Zairil meletak kerana tidak berpuas hati dengan prestasi Pulau Pinang di awal musim ini.

“Kami juga kecewa dengan tindakan presiden baharu FAP yang mengelak untuk bertemu penyokong bagi mendapatkan penjelasan berhubung prestasi buruk skuad Harimau Kumbang,” katanya.


Beliau mendakwa Pulau Pinang menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan pada awal musim ini ekoran wujud suasana tidak harmoni antara pemain.

“Tidak seperti musim-musim lepas, pasukan ini berdepan kekalahan tiga kali berturut-turut. Sepertimana diketahui Pulau Pinang adalah satu pasukan yang hebat, kami tidak mahu pasukan ini kembali kepada Liga Perdana disebabkan campur tangan politik. Oleh itu kami minta Zairil undur diri,” katanya.

Para penyokong turut membawa sepanduk berbunyi ‘YAB undur’ dan ‘Politik rosakkan bola sepak Pulau Pinang.

Pulau Pinang telah menentang Selangor, Perak dan T-Team, namun gagal menjaringkan sebarang gol.

Pasukan di bawah pimpinan jurulatih Ashley Westwood itu turut dilihat gagal mencari rentak permainan yang mantap dalam semua perlawanan. – BERNAMA

Kategori