Monday, December 16, 2024

Creating liberating content

‘Lelaki Kulit Kayu’ Dipulau...

WEIHUI (China) – Seorang lelaki dipulau penduduk kampungnya selepas menghidap sejenis penyakit yang...

813 Sistem Francais Didaftarkan...

ALOR SETAR - Sebanyak 813 sistem francais melibatkan pelbagai sektor telah didaftarkan di...

#sehatisejiwa Tema Sambutan Hari...

KUALA LUMPUR - #sehatisejiwa dipilih sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.Menteri...

Nabila Huda Puas Hati...

DEMAM filem Tombiruo: Penunggu Rimba perlahan-lahan sedang melanda peminat novel thriller hasil karya...

Zul Ariffin Tak Cadang Kahwin Tahun Ini

SEMUA peminat sudah sedia maklum pelakon Zul Ariffin kini sedang menjalin hubungan dengan penerbit Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai.

Namun, menurut aktor kacak ini dia tidak ada sebarang perancangan untuk menamatkan zaman bujangnya dalam tahun ini kerana menyifatkan persiapan perkahwinan merupakan sesuatu yang merumitkan dan merenyahkan.

“Tahun ini tiada kahwin dan saya juga tiada apa-apa perancangan lagi untuk ke arah itu.

“Kini, saya sibuk menyusun jadual kerjaya tetapi apabila saya berfikir mengenai persiapan perkahwinan, saya rasa ia rumit dan memeningkan kepala apatah lagi ia akan mengambil masa sehingga berbulan-bulan.

“Jadi, atas sebab itu, saya rasa nanti dululah (kahwin),” katanya seperti yang dipetik menerusi Sinar Harian.


zull

Zul yang namanya menjadi hangat sejak membintangi drama bersiri popular, Rindu Awak 200 Peratus juga tidak gusar sekiranya popularitinya menurun sekiranya sudah bergelar suami kelak kerana menurutnya ramai aktor yang sudah mendirikan rumah tangga namun masih lagi maintain namanya dalam industri hiburan tempatan.

Dalam perkembangan lain, Zul yang baharu sahaja tamat penggambaran drama Istikarah Cinta akan kembali sibuk di lokasi dengan drama adaptasi novel, Mr. London Ms. Langkawi yang bakal bersiaran di saluran berbayar Astro. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori