Friday, July 5, 2024

Creating liberating content

Dollah Salleh Kemalangan

Kuala Lumpur : Pengurus pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh berdepan detik cemas...

Kes Cacar Monyet Di...

BOGOTA: Dua jangkitan baharu cacar monyet dikesan di Colombia, menjadikan jumlah keseluruhan kes...

Mayat Lelaki Dengan Kesan...

BUKIT KAYU HITAM - Mayat seorang lelaki ditemui dengan kesan tetakan di beberapa...

Raja Perlis Pengerusi Mesyuarat...

KUALA LUMPUR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini mempengerusikan...

Orang Dewasa Disaran Ambil Vaksin Sebelum Terlambat

KITA sering mengandaikan pengambilan vaksin hanyalah untuk kanak-kanak atau diberikan sebelum mengembara ke luar negara bagi mencegah sebarang penyakit berjangkit atau berbahaya.

Namun, tahukah anda bahawa golongan dewasa juga mempunyai risiko kemungkinan 100 kali lebih tinggi meninggal dunia akibat penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin.

Bagi menimbulkan kesedaran orang dewasa mengenai pengambilan vaksin ini, Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia (MSIDC) melancarkan program promosi vaksinasi khusus untuk orang dewasa.

Program pertama seumpamanya ini menampilkan saranan vaksinasi bagi profil khusus termasuk ibu bapa dan penjaga kanak-kanak, warga emas, penghidap penyakit kronik dan pengembara termasuk eksekutif perniagaan, bercuti, pelajar yang melanjutkan pelajaran dan jemaah haji atau umrah.

Presiden MSIDC, Prof. Dr. Zamberi Sekawi berkata, saranan vaksinasi dewasa perlu dibuat berdasarkan bukti dan biasanya ditentukan mengikut parameter ksihatan, umur, gaya hidup dan pekerjaan.

Golongan Dewasa Disaran Ambil Vaksin Sebelum Terlambat
Presiden MSIDC, Prof. Dr. Zamberi Sekawi.

Menurutnya, vaksinasi memberi perlindungan daripada penyakit yang menyerang sistem imun manusia yang lemah.

“Individu yang berusia lebih 50 tahun dinasihatkan untuk mendapatkan vaksin influenza, pertusis, pneumokokal dan kayap.

“Begitu juga dengan orang dewasa yang mempunyai masalah kesihatan kronik seperti penyakit paru-paru, kencing manis, penyakit jantung dan penyakit hati kronik, mereka perlu lebih proaktif dalam mengurangkan risiko jangkitan.

“Vaksin influenza, pneumokokal, hepatitis A dan hepatitis B adalah penting untuk golongan ini,” katanya.

Jelasnya, bagi mereka yang mengembara, vaksinasi dapat membantu melindungi daripada penyakit yang menjadi wabak di sesetengah negara.

Golongan Dewasa Disaran Ambil Vaksin Sebelum Terlambat

Menurutnya, vaksin yang disarakan untuk golongan pengembara ini adalah vaksin influenza, pneumokokal, meningokokal, tifiod, hepatitis A, demam kunung, Japanese ensefalitis, tetanus, difteria, pertusis aselular dan MMR.

Dr. Zamberi berkata, gaya hidup seseorang juga memerlukan mereka untuk mendapatkan vaksin tambahan.


Menurutnya, orang dewasa yang aktif dalam hubungan seksual disarankan mengambil vaksin HPV dan hepatitis B.

“Suntikan tetanus adalah penting bagi mereka yang menggemari aktiviti yang berisiko untuk luka dan bagi mereka yang suka makan pula, vaksin hepatitis A dan deman kepialu (tifoid) perlu diambil,” katanya.

Tegasnya, golongan dewasa ini tidak perlu menjadi seorang pakar untuk tahu vaksin mana yang diperlukan tetapi perkara yang diutamankan adalah peringkat atau keadaan hidup pada waktu ini.

Golongan Dewasa Disaran Ambil Vaksin Sebelum Terlambat

Menurutnya, menerusi program promosi vaksinasi khusus untuk orang dewasa ini, kira-kira 250 klinik terlibat dan dijangka akan bertambah hingga 1,000 buah klinik dalam masa terdekat ini.

“Senarai klinik ini adalah doktor yang dilatih dan risiko pada setiap pengambilan vaksin sebelum menyarankan kepada orang dewasa yang datang mendapatkan nasihat,” katanya.

Direktori klinik dalam talian dan maklumat lain mengenai imunisasi bagi orang dewasa boleh didapati di www.ifl.my/vaxincheck.

Dr. Zamberi turut menjelaskan, pengambilan vaksin untuk orang dewasa ini dapat mengurangkan permasalahan lain seperti komplikasi penyakit yang serius, rawatan di hopsital yang berpanjangan, bil perubatan yang tinggi, serta berhadapan dengan kemungkinan ianya akan berakhir dengan kecacatan atau kematian.

Satu lagi kesan yang sangat teruk adalah mengetahui bawaha seseorang itu telah menyebarkan penyakit tersebut secara tidak sengaja kepada keluarga dan orang tersayang seperti bayi dan kanak-kanak di rumah, ibu bapa yang sudah lanjut usia atau seseorang yang mempunyai sistem imun yang lemah.- MYNEWSHUB.CC

Kategori