KUALA LUMPUR – Seramai 11 calon dikenal pasti untuk mengisi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FGV Holdings Bhd, kata Pengerusinya, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid.
Bagaimanapun, hanya dua daripada syarikat itu, katanya kepada pemberita di luar persidangan pelabur ‘Malaysia: A New Dawn’ di sini hari ini.
“Pelantikan ini penting dan kita memerlukan seseorang untuk mengetuai operasi dengan cepat. Kami berharap dapat mengumumkannya (pelantikan itu) tidak lama lagi,” katanya.
Jawatan itu kosong selepas Datuk Zakaria Arshad meletak jawatan sebagai Presiden dan CEO Kumpulan pada 18 September, lima hari selepas digantung daripada tugas susulan siasatan dalaman.
Dalam pemberitahuan mengenai penggantungan tugas Zakaria, FGV berkata perniagaan akan berjalan seperti biasa dan jawatankuasa lembaga khas yang terdiri daripada empat pengarah, termasuk Azhar, akan mengambil alih tugas Presiden/CEO Kumpulan.
Azhar menyertai sesi panel bertajuk “Meningkatkan Kecekapan dan Penambahan Nilai dalam Sektor Komoditi dan Tani Malaysia” pada persidangan hari ini. – BERNAMA