Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Agong Persembahkan DK Pahang...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan...

Beg Kertas LV Jadikan...

SEBUAH beg jenama Louis Vuitton yang disenaraikan untuk dijual pada harga $6 telah menyebabkan...

Najib Ucap Selamat Maju...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada...

2 Juta Orang Sertai...

HONG KONG - Hampir dua juta orang mengambil bahagian dalam rapat umum besar-besaran...

12 Individu Dirakam Keterangan Kes Salahuddin Menghasut

PONTIAN – Polis telah merakam keterangan 12 individu dalam siasatan yang melibatkan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Salahuddin Ayub.

Ketua Polis Negeri, Komisioner Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4 A(1) Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1954.

Katanya, kes itu masih disiasat polis dan beberapa keterangan saksi telah dirakamkan untuk melengkapkannya.

“Setakat ini kita telah merakam beberapa keterangan daripada individu-invidu yang berada semasa ucapan itu disampaikan oleh Salahuddin dan kes sedang dikumpul segala keterangan yang ada untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini kalau ikutkan kesemuanya 12 orang individu yang didapati berada dalam sesi taklimat tertutup itu telah dipanggil polis dan dirakam keterangan membantu siasatan kes ini.

“Kita akan cuba mempercepatkan proses lengkapkan siasatan sebab sedar kes ini penting sebab melibatkan kita punya menteri, jadi kita akan usahakan secepat mungkin untuk siapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Peguam Negara,” katanya dalam sidang media khas pekembangan semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian hari ini.

Hadir pada sidang media Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh.


Pada 5 November lalu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tanjung Piai, Shahrulzaman Ibrahim membuat laporan polis berhubung video dalam FB Ops Johor menyiarkan kenyatan menghasut yang didakwa dikeluarkan Salahuddin pada perjumpaan tertutup di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Chu di Kukup.

Dalam pada itu Kamaruddin berkata, setakat ini polis telah mengeluarkan 447 permit berkempen untuk enam calon Pilihan Raya Parlimen Tanjung Piai dengan 75 permit diberikan kepada Pakatan Harapan diikuti Barisan Nasional sebanyak 264 permit, Gerakan 99 permit, Berjasa sebanyak 4 permit dan dua calon bebas diberikan 5 permit berkempen.

Mengenai billboard calon Gerakan yang didakwa ditumbangkan, Mohd Kamaruddin berkata, laporan polis telah disiasat dan ditutup kerana mendapati tiada kes selepas dirujuk kepada Peguam Negara.

Sementara itu, Kamaruddin berkata, setakat ini pihaknya menerima 28 laporan polis dengan tiga kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 47 Kanun Keseksaan dan satu dibawah Seksyen 4A (1), Akta Pilihan Raya 1954.

“Dan satu kes yang telah dilaporkan telah rujuk kepada SPRM melibatkan calon daripada BN, Wee Jeck Seng untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kategori