Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Waktu Tu Saya Fikir...

PENYANYI Hafiz Hamidun, 32, terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital baru-baru ini akibat...

Pengurusan Pusat Tahfiz Perlu...

KUANTAN - Penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Pahang Datuk Sulaiman Ahmad, berkata pembangunan...

Bot Karam: Agensi SAR...

KOTA KINABALU - Agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot...

Datuk Red Menggatal, Adira...

HANYA kerana suaminya, Datuk Red mengakui berhubungan dengan wanita lain selepas perbualan teks...

15 Menara Komunikasi Dibina Di Hulu Rajang

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu sebanyak 15 menara komunikasi telah dibina dan beroperasi di kawasan Parlimen Hulu Rajang manakala 27 menara dinaik taraf melalui program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP).

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith berkata dua lagi menara dalam peringkat penaiktarafan dan dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun depan.

Katanya sebanyak 10 menara komunikasi dibina secara komersil oleh pemberi perkhidmatan di kawasan Parlimen Hulu Rajang.

“Melalui program USP, menara-menara baharu dibina di samping kerja-kerja penaiktarafan menara komunikasi sedia ada kepada perkhidmatan jalur lebar mudah alih 3G/4G terutamanya di kawasan luar bandar dan pendalaman yang sedang dijalankan secara berperingkat,” katanya menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (PRS-Hulu Rajang) mengenai pendekatan pihak kementerian membina menara komunikasi di kawasan Parlimen Hulu Rajang. – BERNAMA

Kategori