Enjoy the benefits of exclusive reading

Looking for something?

KAHERAH – MESIR. Kumpulan kedua Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza bersama kira-kira tujuh tan bekalan makanan dan ubat-ubatan selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah, Ahad.

Kumpulan itu yang terdiri daripada 11 pengamal media, lapan sukarelawan dan seorang doktor tiba di lapangan terbang itu pukul 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia).

Naib presiden KP1M, Datuk Mohd Farid Hassan yang tiba di Kaherah sebelumnya bersama kumpulan pertama berkata bekalan berkenaan akan disimpan di Dewan Malaysia di Abbasiah, kira-kira satu jam perjalanan dari Lapangan Terbang Kaherah.

“Kami akan cuba mendapatkan pelepasan dari kargo lapangan terbang dan mengkaji sama ada kami boleh memindahkan semua bekalan dari terminal ke Abbasiah hari ini bersama tiga tan metrik bekalan yang kami bawa sebelumnya bersama kumpulan pertama di terminal,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Kumpulan pertama lapan orang tiba di Kaherah, Khamis lepas sementara baki 65 anggota misi kemanusiaan diketuai oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka berlepas dari KLIA, Selasa ini.


Pada masa ini, Mohd Farid berkata kumpulan pengurusan KPIM di Malaysia dan Kaherah masih berusaha mendapatkan permit untuk memasuki Gaza.

Kumpulan itu merancang untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah bersama 40 tan metrik bekalan makanan dan ubat-ubatan, Rabu ini.

Bantuan kemanusiaan itu adalah untuk mengurangkan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza, yang menjadi sasaran serangan hebat oleh tentera Israel.

Setakat ini lebih 2,000 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, terkorban dalam serangan itu. – BERNAMA

Thursday, December 26, 2024

Creating liberating content

Asyik Swafoto, 3 Pelajar...

NEW DELHI - Tiga pelajar lelaki maut akibat dirempuh, ketika asyik berswafoto di...

Fara Mendoza Kemalangan, Hanya...

PELAKON baru Fara Mendoza dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya, baru-baru ini seperti mana...

‘Mayat’ Hidup Beberapa Minit...

NYARIS maut...seorang pesakit terselamat dari maut hanya beberapa minit sebelum bedah siasat dilakukan ke...

ESTCON 2018: Masyarakat Perlu...

KUALA LUMPUR - Masyarakat perlu dilatih dan didedahkan semula dalam pelbagai aspek teknologi...

16 ‘Tong’ Hadiah Tradisi Kazakhstan – Menantu Najib

DANIYAR Kessikbayez menafikan dakwaan terhadap bapa mentuanya, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi 16 tong hadiah kepada keluarga beliau pada majlis pertunangan dengan Nooryana Najwa pada 17 Jun 2011.

Lapor FMT, Daniyar berkata tidak pernah wujud 16 tong hadiah seperti didakwa oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir tetapi hanya 16 kotak hadiah diberikan kepada tunangnya yang menjadi sebahagian tradisi masyarakat Kazakhstan sebagai mahar.

Beliau membuat penjelasan ini sebagai tindak balas kepada tuntutan oleh Mahathir yang mendakwa kononnya ada melihat hadiah dalam 16 tong ketika dia pernah menghadiri majlis pertunangan tersebut.

“Ini adalah amalan lama Kazakhstan. Ia adalah amalan tradisi dari keluarga kami yang kami rasa bangga untuk dikongsikan warisan khazakh ini dengan keluarga Malaysia.

“Saya beli semua hadiah itu sendiri dan tidak melibatkan sebarang wang dari keluarganya atau kerajaan (Malaysia). Saya tidak ada apa-apa urusan atau perniagaan dengan kerajaan Malaysia mahupun ambil apa-apa wang dari rakyat Malaysia yang dikasihi,” katanya.

Daniyar yang pernah dituduh tidak mempunyai kelayakan akademiknya untuk masuk ke Universiti Columbia di Amerika Syarikat pada tahun 2015 lalu turut berkata, beliau berasa senang disambut di Malaysia.


Dengan menyatakan rasa hormat kepada Mahathir, beliau meminta pemimpin negara usia tertua dunia itu untuk menghentikan prasangka buruk terhadapnya yang dikaitkan dengan politik Malaysia.

“Saya percaya Mahathir, sebagai ahli politik yang bijak, bapa dan suami, boleh memilih antara apa yang salah dan apa yang patut dikatakan sebagai subjek politik,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori