Tuesday, December 17, 2024

Creating liberating content

Krisis Makanan Negara Di...

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan agar gerakan secara besar-besaran...

Mahathir Ambil Langkah Tepat...

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil langkah tepat apabila beliau keluar...

Etnik Rohingya Gembira Suu...

DHAKA - Penduduk Muslim Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh selepas...

Padah Salam 3 Jari,...

BANGKOK - Jika di Indonesia, rakyatnya biasa dengan simbol salam 3 jari yang...

191 Terima Pingat Keputeraan Sultan Selangor Ke-72

SHAH ALAM – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah hari ini berkenan mengurniakan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan kepada 191 penerima bagi daerah Petaling dan Klang.

Pengurniaan pingat berkenaan adalah sempena menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Selangor yang ke-72 pada tahun lepas.

Turut mengiringi Tengku Amir Shah ke istiadat yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini, ialah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Pada majlis berkenaan seramai 24 individu dikurniakan Pingat Pekerti Terpilih, seorang bagi Pingat Kecemerlangan Sukan dan 38 penerima dianugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor.

Seramai 116 individu pula menerima Pingat Jasa Kebaktian kerana telah lama memberi khidmat dan jasa kepada Selangor.

Seramai 12 individu turut menerima Pingat Perkhidmatan Selangor sebagai menghargai jasa mereka yang telah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan lebih 20 tahun. – BERNAMA

Kategori