Malaysia Sambut Hari Lelaki Sedunia 19 November

LUNDU — Malaysia buat pertama kali akan menyambut Hari Lelaki Sedunia pada 19 November ini, demikian diumumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata beberapa pihak telah mencadangkan supaya hari istimewa itu disambut di negara ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan kaum lelaki sama seperti sambutan Hari Wanita yang diadakan selama ini.

Selain itu, kementerian turut bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan rumah perlindungan lelaki terutama bagi golongan suami yang berdepan dengan krisis rumah tangga, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran serentak Program [email protected] dan Kembara Kebajikan 1Malaysia di Kompleks Sukan Lundu di sini, hari ini.

Mengenai Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam), Rohani berkata program itu telah berjaya mengeluarkan sejumlah 170,000 orang daripada belenggu kemiskinan menerusi program sosio-ekonomi yang dilaksanakan.

“Tujuh puluh peratus daripada jumlah itu adalah wanita,” katanya, dan menambah mereka terbabit masih terus dibantu untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Rohani turut menyatakan bahawa sejumlah 500,000 rakyat negara ini yang kurang berkemampuan menerima bantuan kebajikan masyarakat membabitkan perbelanjaan RM1.5 bilion setahun.


Katanya, jumlah RM1.5 bilion itu adalah sumbangan daripada kerajaan pusat sementara ada beberapa negeri turut memberi sumbangan yang berasingan.

Beliau berkata kadar bantuan sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa, dan sebanyak RM50 sebulan telah ditambah untuk elaun orang korang upaya (OKU) membabitkan perbelanjaan tambahan RM66 juta setahun.

Mengenai Program Kembara Kebajikan 1Malaysia, Rohani berkata jelajah bermula dari Lundu dan singgah di beberapa destinasi di negeri ini, iaitu di Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri sebelum ke Labuan, Sepanggar dan Beafort di Sabah.

Katanya, kembara akan bersambung dari Kuala Lumpur ke semua negeri di Semenanjung dan akan berakhir di Bagan Datoh, Perak pada 9 April.

“Sepanjang pengembaraan itu nanti pelbagai aktiviti akan diadakan di destinasi-destinasi perhentian termasuk melawat orang OKU, keluarga susah dan pesakit “ katanya. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Pameran Batu Permata Dan Barang Kemas Bertaraf Dunia Di KL

KUALA LUMPUR : Pameran Batu Permata dan Barang Kemas Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIGJE’ 22)...

GPS Mampu Menang Semua Kerusi Jika Bergerak Satu Pasukan

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu menang di semua 82 kerusi Dewan Undangan...

9,356 Pegawai, Anggota Polis Siap Siaga Hadapi PRN Sarawak

GOMBAK - Seramai 9,356 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia sudah bersiap siaga menghadapi...

Subsidi Haji Untuk Yang Layak Saja

KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan (PH) mencadangkan subsidi haji diperuntuk secara bersasar, bukan secara...

Shahidan Dijangka Umum Sekatan Penjualan Arak Pada Khamis

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka membuat pengumuman pada...

Agensi Kerajaan, GLC Diseru Guna Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua agensi atau syarikat...

RTK-Antigen, RT-PCR Mampu Kesan Varian Omicron – Khairy

SHAH ALAM : Ujian pengesanan COVID-19, menggunakan RTK-Antigen dan RT-PCR adalah berkesan untuk mengesan...