Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Hadir Raptai Penuh...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini hadir...

Waspada Dengan Akaun Palsu...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengingatkan orang ramai...

Lahir Di Malaysia Tidak...

KUALA LUMPUR - Kanak-kanak yang lahir di Malaysia dan memiliki Sijil Kelahiran negara...

Sayang Anak Tak? Lindungi...

SABAN tahun jutaan kanak-kanak maut di seluruh dunia terutama di negara-negara yang sedang...

2 Anak Jokowi Didakwa Terbabit Rasuah

GIBRAN Rakabuming Raka (kiri) dan Kaesang Pangarep. – AGENSI

JAKARTA: Dua anak lelaki Presiden Joko Widodo (Jokowi), iaitu Gibran Rakabuming dan Kaesang Pangarep menjadi perhatian pelbagai pihak di seluruh Indonesia selepas dilaporkan ke Komisi Pencegahan Rasuah (KPK).

Laporan itu dibuat oleh pensyarah Universiti Negeri Jakarta (UNJ), Ubedilah Badrun berhubung dakwaan rasuah membabitkan dua anak Jokowi dengan kumpulan perniagaan yang terbabit dalam aktiviti pembakaran hutan.

Katanya, pada 2015, ada sebuah syarikat besar iaitu PT SM yang didakwa terbabit dengan kegiatan pembakaran hutan secara haram dan disaman oleh Kementerian Lingkungan Hidup dan Perhutanan sebanyak 7.9 trilion rupiah (RM2.31 bilion)

Namun, syarikat itu hanya perlu membayar saman sebanyak 78 bilion rupiah (RM22.9 juta) selepas diputuskan oleh mahkamah.

“Pada Februari 2019, dua anak Jokowi menggabungkan perniagaannya dengan perusahaan PT SM dan memperoleh suntikan dana yang besar sehingga mereka boleh membeli saham dalam syarikat masing-masing.


“Persoalannya, bagaimana anak muda yang baru menubuhkan syarikat dengan mudah mendapat dana modal dalam jumlah yang cukup besar iaitu kira-kira 99.3 bilion rupiah (RM29 juta) jika mereka bukan anak Presiden? Soal Ubedillah.

Sehubungan itu, beliau meminta KPK memanggil Jokowi untuk memberikan penjelasan berhubung hal terbabit.

Sementara itu, Gibran enggan mengulas lanjut mengenai laporan terbabit dan mengakui sudah dipanggil KPK untuk memberi keterangan.

Selain itu, KPK turut mengesahkan sudah menerima laporan tersebut dan akan melakukan siasatan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori