Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Nike Perkenal Hijab Untuk...

JENAMA sukan terkenal Nike bakal mengeluarkan hijab khas buat atlet wanita Muslim. Hijab yang diberi nama "Nike...

Letupan Kedengaran Di Bandar...

LVIV - Letupan kedengaran di bandar Lviv, barat Ukraine kira-kira 6 pagi waktu...

Sesak Nafas: Simptom Seakan...

PUTRAJAYA - Kejadian sesak nafas dan muntah yang dialami 15 orang murid Sekolah...

Ada Kemungkinan PKP Dilanjutkan

KUALA LUMPUR - Tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat masa ini...

2 Beradik Bunuh Diri Ada Masalah Gangguan Jiwa

DUA beradik perempuan yang bunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh kediaman mereka di Bandung, Indonesia dipercayai mempunyai masalah gangguan jiwa.

Menurut pihak polis, kedua-dua adik-beradik itu yang dikenali sebagai Elviana, 34, dan Eva Septiani, 28, meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki.

BACA:  Video 2 Beradik Bunuh Diri Terjun ‘Kuak Lentang’ Tular

Abang kepada dua wanita tersebut, Reonald mendedahkan kedua-dua adiknya mempunyai masalah gangguan jiwa sejak kematian ibu mereka pada 2006.

Kedua-dua adiknya itu juga pernah dirawat di sebuah hospital sakit jiwa Yayasan Penuai Indonesia Bogor bagi memulihkan masalah kemurungan yang dihadapi mereka.

Mereka sekeluarga tinggal di kondominium terbabit sejak dua tahun lalu.


Video bunuh diri kedua beradik itu menjadi tular dan viral selepas beberapa penghuni di situ merakam aksi ngeri tersebut menerusi telefon pintar masing-masing. – MYNEWSHUB.CC

Kategori