Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Getah Mainan Loom Band...

PERHATIAN kepada peminat kraf dan pemainan getah berwarna-warni 'loom band'. Produk yang menjadi...

Puluhan Operasi Lumba Haram...

KUALA LUMPUR : Polis sudah melaksanakan puluhan operasi bagi membanteras kegiatan lumba haram...

Irsyad Manji Pejuang LGBT...

Oleh: Ustaz Fathul Bari SUBHANALLAH. Irsyad Manji pejuang LGBT berideologi Liberal berkahwin hari ini...

2 Dicekup Bersama 200...

SIK - Polis menahan dua lelaki berusia 30 tahun serta merampas 200 kilogram...

2 Impian Tercapai, Ruhainies Mahu Terus Berjaya

EMPAT tahun berusaha keras dalam dunia seni akhirnya membuahkan hasil buat pelakon Ruhainies apabila dua impian besarnya kini sudah tercapai.

Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 26, akui bahawa dia sudah berjaya membeli sebuah rumah dan kereta miliknya daripada hasil titik peluhnya.

“Alhamdulillah, berkat usaha dan kerja keras, saya sudah mampu memiliki rumah dan kereta sendiri.

“Akhirnya penat lelah selama ini berbayar dan puas hati kerana dua impian ini memang sudah lama saya impikan sejak memulakan kerjaya sebagai anak seni,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Menurutnya, rumah kondominium dan kereta Mercedes itu akan digunakan oleh keluarganya serta berhasrat untuk membawa kedua orang tuanya menetap bersama di Shah Alam.

“Saya beli rumah dan kereta ini bukan untuk saya guna seorang, tetapi untuk keluarga.

“Kalau dulu famili saya tinggal di Selayang, jadi selepas ini bolehlah mereka pindah ke rumah saya di Shah Alam,” ujarnya.


Tambahnya lagi, kejayaan dan rezeki yang diperolehinya pada hari ini merupakan berkat doa ibubapanya.

Bagamanapun, pelakon drama Menantu Bilal itu tidak mahu mengumumkan apakah impiannya yang seterusnya kerana bimbang akan disalah ertikan oleh netizen.

Malah, adik kepada pelakon Nur Risteena itu juga mengambil langkah berjaga-jaga dengan cara hanya berkongsi sesuatu perkara selepas ianya sudah terjadi sahaja.

“Sejujurnya, saya ada beberapa impian lagi, tapi biarlah ia hanya menjadi rahsia. Saya tak berapa gemar berkongsi sesuatu perkara yang tidak pasti.

“Nanti orang mengata pula, cakap saja lebih, tapi tak ada pun. Jadi lebih baik kalau dah tercapai baru saya kongsi dengan peminat,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Ruhainies baru sahaja menghadiri satu majlis yang diberi nama Majlis Santai Bersama Anak-Anak Rumah Amal Cahaya Kasih Bestari yang bertempat di Kampung Melayu Subang pada Ahad lalu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori