Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Kelantan Kuat Seks...

BANGKOK  - Para pegawai kerajaan di Golok menyalahkan kepesatan industri dadah dan pelacuran...

14,990 Kes Baharu COVID-19,...

PUTRAJAYA - Sejumlah 14,990 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan Selangor kembali...

Operasi SAR Kesan Tumpahan...

Pesawat Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI-AU), Hercules Alpha 1319 kembali membuat tinjauan...

Semua Pendaki Gunung Kinabalu...

KUNDASANG - Semua pendaki Gunung Kinabalu termasuk kakitangan yang bertugas selamat turun dari...

2 Kematian COVID-19 Dalam Tempoh 24 Jam

PUTRAJAYA – Sejumlah 105 kes kematian dilaporkan semalam termasuk kes tertunggak menjadikan jumlah keseluruhan angka korban akibat COVID-19 di negara ini kini mencecah 26,981 kes.

Menurut data yang dikongsi di laman sesawang COVIDNOW, daripada jumlah kes kematian itu, dua daripadanya adalah kes kematian yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam, semalam. Kes kematian berkenaan dicatatkan di Kelantan dan Melaka.

Secara keseluruhannya, daripada jumlah angka korban yang dilaporkan itu 26 daripadanya adalah kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) menjadikan jumlah pesakit COVID-19 yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan adalah sebanyak 5,424.

Sementara itu, mengenai kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini, sehingga jam 11.59 malam tadi sebanyak 132,175 kes yang masih aktif dengan 103,903 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, 16,328 kes atau 12.4 peratus lagi berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), hospital (8,097), unit rawatan rapi (ICU) tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan (402) dan ICU dan memerlukan alat bantuan pernafasan (445). – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori