2 Penganjur Aktiviti PRN Melaka Kena Kompaun RM24,000

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan kompaun RM24,000 kepada dua penganjur aktiviti berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana gagal memastikan pematuhan penjarakan fizikal individu yang menghadiri program berkenaan.

KKM dalam kenyataannya berkata, kompaun pertama RM20,000 dikenakan kepada Perikatan Nasional (PN) Melaka sebagai penganjur perhimpunan yang turut membabitkan kehadiran Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kompaun kedua sebanyak RM4,000 dikeluarkan kepada individu yang bertindak sebagai penganjur program yang dihadiri oleh Datuk Seri Najib Razak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KKM berkata kompaun itu dikeluarkan berdasarkan pemantauan dan siasatan yang dijalankan oleh pegawai diberi kuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Bagaimanapun, kementerian itu memaklumkan hasil siasatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka mendapati bahawa tiada aktiviti berbentuk perhimpunan berkaitan PRN Melaka diadakan, namun ia hanya lawatan yang lebih berbentuk ‘walkabout’ oleh dua individu berkenaan.

Kelmarin, Ahli Parlimen Iskandar Puteri DAP, Lim Kit Siang mendakwa pihak berkuasa mengamalkan dua darjat selepas mengenakan kompaun RM10,000 kepada PKR walaupun parti itu mengadakan ceramah tanpa kehadiran orang ramai secara fizikal di Melaka.

Beliau berkata, ia berbeza pula dengan Najib dan Muhyiddin kerana belum dikenakan tindakan undang-undang selepas melakukan aktiviti sama secara bersembunyi.


Dalam pada itu, KKM berkata pihaknya dan JKN Melaka akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memantau pematuhan SOP khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka, sebagai langkah pencegahan daripada berlakunya penularan jangkitan Covid-19.

“KKM tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun kepada mana-mana individu atau pertubuhan perbadanan yang melanggar mana-mana SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“KKM menasihatkan supaya semua lapisan masyarakat terus patuh kepada SOP dan menjalankan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab dalam memerangi pandemik Covid-19 di negara ini,” katanya.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka serta hari penamaan calon pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 16 November.

PRN Melaka diadakan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu susulan tindakan empat Ahli DUN (ADUN) iaitu Datuk Seri Idris Haron (UMNO-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepemimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. – myMetro Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...