Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Ringgit Tidak Berubah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS pada awal dagangan berikutan...

Kru Kabin Ryanair Terpaksa...

DUBLIN (IRELAND) - Kira-kira 24 kru Ryanair terpaksa bermalam Lapangan Terbang Malaga, Sepanyol...

Pikachu, Upin & Ipin...

PUTRAJAYA - Kemunculan tiga watak animasi Pikachu, Upin dan Ipin hari ini memeriahkan...

Restoran Makanan Segera Dirempuh...

KUALA LUMPUR - Akibat tersalah masuk gear, seorang pemandu lelaki merempuh sebuah restoran...

200 Banduan Lolos Dari Penjara Sesak Indonesia

JAKARTA – Kira-kira 200 banduan berjaya melarikan diri dari sebuah penjara yang penuh sesak di kepulauan Sumatera semalam, kata pegawai kerajaan Indonesia dipetik oleh media tempatan.

Ia ekoran berang mengenai layanan buruk terhadap mereka semasa dikurung dalam Penjara Sialang Bungkuk di Pekanbaru, Kabupaten Pelalawan di wilayah Riau, terletak kira-kira 1,200 kilometer dari ibu kota Jakarta.

Malah kata ketua pegawai seranta Kementerian Undang-Undang Indonesia, Ferdinand Siagian, ada kalangan banduan terbabit turut menuduh beberapa pengawal penjara yang pernah bersikap ganas terhadap mereka.

“Kejadian berlaku sebelum solat fardu Jumaat pada pukul 12.30 tengah hari bermula dengan rusuhan,” kata beliau kepada stesen Metro TV. Penjara berkenaan dilapor hanya mempunyai enam pengawal bertugas setiap syif.

“Secara keseluruhan, jumlah petugas penjara kelas II itu ialah 54 orang dengan 12 daripada mereka adalah wanita,” ujar Ketua Pengarah Pemasyarakatan, Wayan Dusak yang dipetik oleh akhbar ternama KOMPAS.

Seorang jurucakap polis Riau, Guntur Aryo Tejo berkata, 77 daripada 200 banduan yang melarikan diri telah ditahan semula dan gerakan sedang giat dilakukan pihak berkuasa untuk memburu baki tahanan terbabit.


Sejumlah 400 anggota polis dan tentera dikerah mengawal sekitar penjara berkenaan. Media melaporkan kira-kira 1,000 banduan enggan kembali ke sel mereka kecuali warden digantikan dengan  petugas yang lain pula.

Beliau turut memberitahu Metro TV bahawa penjara tempatan tersebut cuma mempunyai kapasiti ideal sebanyak 700 banduan tetapi direkodkan menempatkan kira-kira 1,800 banduan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori