Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Bauksit: 4 Staf PTG...

KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat kakitangan Pejabat Tanah dan...

Saran Bank Jadikan Diskaun...

KUALA LUMPUR - Pihak bank disaran menjadikan amalan memberi diskaun bayaran hutang yang...

Bee Yin Nafi, Akan...

PASIR GUDANG - Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo...

Sikap Pemandu Teksi, Aspek...

KUALA LUMPUR - Sikap pemandu teksi dan aspek keselamatan perlu diberi penekanan dalam...

265 Kontena Sisa Plastik Tersadai Di Butterworth

BUTTERWORTH – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang mendedahkan hari ini terdapat 265 kontena yang mengandungi sisa sampah plastik telah dibawa masuk ke negeri itu dan kini tersadai di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) sejak Januari lalu.

Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Saidi Ismail berkata, sebanyak 149 daripada kontena itu diikrarkan sebagai barangan kitar semula manakala bakinya masih belum diikrar dan tidak memiliki Lesen Import (AP).

“Pemeriksaan pihak kastam mendapati kebanyakan kontena itu mengandungi sisa sampah dan ia kebanyakkan dari negara maju seperti Hong Kong, Kanada, Belgium, Jerman serta Amerika Syarikat.

“Kami percaya ia diimport sebagai bahan kitar semula,” katanya ketika di hubungi di sini malam ini.

Katanya, semua kontena itu tidak dituntut sehingga menyebabkan NBCT menjadi sesak malah pihak kastam terpaksa meminjam kawasan lapang lain untuk meletakkan kontena lain.

Beliau berkata, berikutan kemasukan kontena itu, kerajaan kerugian lebih RM5 juta dalam tempoh hampir enam bulan tahun ini kerana terpaksa menyelenggara kontena tidak di tuntut itu dan menanggung caj tempat letak kontena.

Katanya, pihak Kastam tidak mahu Pulau Pinang menjadi tempat longgokan sampah sehingga kerajaan terpaksa membazirkan wang untuk membayar kos yang tidak sepatutnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata, siasatan mengikut dokumen senarai muatan kapal, mendapati terdapat 11 syarikat yang terlibat dalam aktiviti haram ini.


“Sebanyak 130 kontena telah dikenakan tindakan kompaun RM1,000 untuk setiap satu kontena manakala usaha untuk menyiasat kontena yang selebihnya masih dijalankan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya, modus operandi mereka adalah mengisi kontena itu dengan barangan kitar semula di bahagian depan dan barangan sisa sampah plastik haram di bahagian belakang kontena.

“Kontena yang ikrarkan sebagai barangan kitar semula adalah hanya di bahagian hadapan dan bahagian belakang kontena adalah sisa sampah plastik untuk mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, pihak kerajaan negeri masih menunggu arahan daripada Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk mengambil langkah seterusnya.

“Kemungkinan kami akan menghantar balik kontena-kontena ke negara asal namun itu terpulangkan kepada cadangan dari MESTECC sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya.

Kategori