2,662 Dos Penggalak Vaksin Diberikan Semalam

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,662 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan kepada kumpulan sasar, semalam, menjadikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 21,477 selepas dilancarkan, Khamis lalu.

Angka itu dikongsikan Kementerian Kesihatan menerusi portal COVIDNOW yang turut menjelaskan 134,180 suntikan vaksin diberikan, semalam, yang membawa kepada jumlah kumulatif 47,838,886 dos.

Angka harian vaksinasi itu turut membabitkan 115,302 lengkap divaksin dan 16,216 dos satu.

Ini sekali gus menjadikan 22,767,241 atau 69.7 peratus populasi keseluruhan di negara ini lengkap vaksinasi, setakat semalam.

Dalam pada itu, 2,441,276 (7.5 peratus) pula belum lengkap divaksin dan 7,578,180 (23.2 peratus) lagi tiada vaksinasi.

Perkongsian sama turut menyaksikan seramai 806,330 atau 25.6 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun lengkap imunisasi, manakala 1,656,877 (52.6 peratus) belum lengkap vaksinasi dan 684,293 (21.8 peratus) tiada vaksinasi.

Mengenai perkembangan jangkitan COVID-19 pula, 6,145 kes harian dilaporkan, semalam, tanpa kematian baharu.

Sejak COVID-19 melanda negara, jumlah keseluruhan korban telah mencecah 27,921 kes, dengan 5,646 kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Kematian itu meliputi 68.7 peratus kes tiada vaksinasi, manakala belum lengkap vaksinasi (21.6 peratus) dan sudah lengkap divaksin (9.7 peratus).

Secara keseluruhan, kadar penggunaan alat bantuan pernafasan di seluruh negara mencecah 42.8 peratus atau 348 kes; kes aktif di unit rawatan rapi (61.2 peratus atau 688 kes); dan pesakit COVID-19 diwadkan (66 peratus atau 1,344 kes). – BH Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak...

Kemas Kini Alamat Untuk Elak Kekeliruan Di Hari Mengundi

KUALA LUMPUR : Sebarang pertukaran alamat tempat tinggal perlu dikemaskini segera dengan Jabatan Pendaftaran...

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan...

Rakyat Terus Minta Luluskan KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus...

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya...

‘MetMalaysia Keluar Enam Amaran Tapi Tak Diendahkan’

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang...