3.8 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya Utama

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3.8 juta kenderaan dicatatkan melalui semua lebuh raya utama di Semenanjung Malaysia kelmarin, susulan kebenaran rentas negeri mulai Isnin lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, berdasarkan data direkodkan kelmarin, tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Utara Selatan merekodkan 1,075,408 kenderaan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (97,758) serta Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) (34,041).

“Tinjauan trafik di tujuh plaza tol utama pada hari berkenaan juga mendapati berlaku peningkatan ketara jumlah kenderaan berbanding Rabu lalu.

“Plaza Tol Gombak menunjukkan peningkatan kenderaan paling mendadak sebanyak 108 peratus iaitu 57,719 berbanding 27,204 kenderaan pada Rabu minggu lalu (6 Oktober),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Nadzri berkata, Plaza Tol Jalan Duta menunjukkan peningkatan 27 peratus iaitu 54,733 kelmarin berbanding 43,138 kenderaan pada 6 Oktober lalu.

“Sementara itu, Plaza Tol Sungai Besi pula meningkat 30 peratus iaitu 35,881 berbanding 27,501 kenderaan, manakala Plaza Tol Skudai meningkat 13 peratus iaitu 18,336 berbanding 16,213 kenderaan.

“Di Plaza Tol Juru meningkat 27 peratus dengan 39,068 berbanding 30,668 kenderaan, manakala Plaza Tol Bentong menunjukkan peningkatan 52 peratus dengan 40,039 berbanding 26,415 kenderaan.

“Plaza Tol Karak pula merekod peningkatan 31 peratus iaitu 9,561 berbanding 7,278 kenderaan sebelum ini,”katanya.

Beliau berkata, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat pengendali lebuh raya sentiasa memantau status pergerakan trafik dan memastikan pengguna mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan di kemudahan disediakan sepanjang lebuh raya.

“JSPT juga bekerjasama dengan syarikat konsesi lebuh raya bagi tujuan itu. Tindakan advokasi dan penguatkuasaan akan dilaksanakan kepada masyarakat serta pengguna jalan raya,” katanya. – myMetro Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kingpin Diberkas, Polis Rampas Dadah RM10.13 Juta

SHAH ALAM: Kegiatan satu sindiket menjadikan sebuah rumah kedai di Bukit Puchong sebagai makmal...

Lelaki Warga India Pulang Ke Mumbai Dari Afrika Selatan Positif COVID-19

NEW DELHI: Seorang lelaki India berusia 32 tahun yang tiba di Mumbai dari Afrika...

Hem Sebagai Sumber Fiber

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan melaksanakan kajian rintis hem, iaitu...

Perkhidmatan JPJ Seluruh Malaysia Masih Seperti Tahun 80-an

SHAH ALAM: Mutu perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa ketinggalan zaman kerana masih mengamalkan...

KKM Tingkat Pengawasan Genomik Di Pintu Masuk Antarabangsa

SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KMM) akan meningkatkan pengawasan genomik di pintu-pintu masuk antarabangsa untuk...

Ibu Bapa Digesa Waspada Aktiviti Air Di Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Ibu bapa digesa lebih berwaspada ketika membawa keluarga melakukan aktiviti air pada...

Landskap Pendidikan Tinggi Berhadapan Rempuhan Teknologi Dan IR 4.0

TANJUNG MALIM: Landskap pendidikan tinggi dalam negara mengalami perubahan yang drastik susulan ‘rempuhan’ teknologi...