3 Buruh Warga Myanmar Didakwa Culik Rakan Senegara

BUTTERWORTH – Tiga lelaki warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret (Munisipal) di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang lelaki senegara dan meminta wang tebusan sebanyak RM3,000 pada Oktober lepas.

Kesemua tertuduh yang bekerja sebagai buruh kontrak adalah Abdul Rahim Ali Husson, 38, Taher Ahmad Mustafa Ahmad, 42, dan Mostaque Ahmed Rofiq Ahmed, 36.

Ketiga-tiga tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Melayu, di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes tersebut adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas, menculik seorang lelaki warga Myanmar, Saddik Mohammad Jalil dengan niat untuk mendapatkan wang tebusan berjumlah RM3,000.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara kira-kira 8.10 malam 21 Okt hingga 8.25 malam 24 Oktober di sebuah rumah di Kampung Masjid, Sungai Layar, di dalam daerah Sungai Petani, Kedah.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 (Akta 365) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum mati boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 3 Disember untuk laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurameera Shahrul Azrin manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam. – Astro AWANI

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...