Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Amaran Angin Kencang Dan...

KUALA LUMPUR – Angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 km sejam...

Jangan Lupa Isytihar Pendapatan...

Mungkin ada masih mempersoalkan mengapa pemain mata wang digital perlu mengisytiharkan pendapatan mereka...

Suami Isteri Hadapi 5...

TEMERLOH - Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini,...

Pengecualian SST Tamat, Ramai...

KUALA LUMPUR : Pembatalan tempahan kenderaan dijangka meningkat pada Julai jika kerajaan tidak...

3 Cara Unik Dakwah Bekas Rocker Zul Handy Black

BEKAS vokalis kumpulan rock kapak kumpulan Handy Black yang popular sekitar era 1980-an dan 1990-an dengan lagu Kau Yang Bernama Seri, Zul Handy Black berkata dia menggunakan kaedah tiga cara dalam berdakwah.

Zul atau nama sebenarnya Nurzul Suphia’an Sa’ban berkata sejak berhijrah kepada Muslim sejati beberapa tahun lalu, selepas selesai menyertai program pertandingan Gegar Vaganza anjuran stesen Astro; dia mula mendalami agama untuk menjadi insan lebih baik.

Portal berita AgendaDaily melaporkan, Zul yang turut pernah menjadi pelakon beberapa drama televisyen tempatan memberitahu, dalam usaha untuk menyebarkan fahaman yang dipelajarinya itu, dia berdakwah dengan menggunakan tiga cara berbeza.

“Dalam mengumpul ilmu, saya turut menyebarkan fahaman yang saya pelajari. Saya berdakwah dengan tiga cara iaitu menggunakan pendekatan muzik menerusi Assalam Buskers, bergerak bersama-sama sekumpulan tabligh dan menghadiri sesi ceramah agama.

“Saya bagaimanapun tidak mahu hanya digelar sebagai seorang ahli gerakan tabligh semata-mata kerana fahaman masyarakat mengenainya adalah berbeza-beza. Apa yang saya lalui lebih bersifat secara alami.

“Alhamdulillah, ramai peminat turut menyokong dengan apa yang saya buat sekarang ini,” kata artis tersebut yang kini sudah berusia 41 tahun dan telah meninggalkan kumpulan Handy Black pada 2005 lalu.

Anak kelahiran Negeri Sembilan itu pernah aktif bergiat dalam bidang lakonan, antaranya muncul dalam filem pertamanya, Janji Diana pada 2003 diikuti Santau, Kembar Siang, Mantra, Bini-biniku Gengster, Keramat, Budak Pailang, Taikun dan sebagainya.

3 Cara Unik Dakwah Bekas Rocker Zul Handy Black

Bagaimanpun di skrin TV, Zul muncul dalam drama sulungnya, Halimah Jongang pada 2010 diikuti beberapa drama lagi antaranya Jalan Pinang Sebatang, Cinta Tikar Sejadah, Tiga Serumah, Tok Ompek Simpang Ompek dan Aku Bukan Halimatus Sa’adiah.

Drama terakhirnya, Nyiur Nan Setandan, tahun lalu dan dari situ bermula perjalanan hidup sebagai aktivis tabligh. Aktor filem Longkai itu berkata keinginan untuk berbuat demikian sudah lama tersimpan dalam hati dan sedikit demi sedikit mula mendalami agama.

“Hendak dikatakan saya mendapat hidayah selepas tamat Gegar Vaganza, ia sebenarnya bukanlah begitu. Tetapi, memang daripada keinginan diri saya sendiri mahu mendalami ilmu agama makin membuak-buak sejak dua tahun lalu.

“Sedikit demi sedikit saya mengosongkan waktu bagi menghadiri ceramah agama dan bergaul dengan golongan tabligh. Secara tidak langsung, saya semakin sedar dengan kekhilafan silam dan perlahan-lahan mengubah diri menjadi seorang Islam yang lebih baik.


“Malah sambil menambah pengetahuan agama, saya turut berdakwah mengikut caranya sendiri dengan menubuhkan kumpulan Assalam Buskers, yang turut menyanyi di jalanan dan pada masa sama menyampaikan ilmu agama.

“Selain itu saya turut menerima banyak undangan sebagai tetamu khas dalam pelbagai program keagamaan bagi berkongsi pengalaman dan kisah perjalanan kepada perubahan tersebut,” katanya lagi.

3 Cara Unik Dakwah Bekas Rocker Zul Handy Black

Ditanya mengenai hala tuju kerjaya seni pula termasuk bidang lakonan, kata Zul, dia tidak akan meninggalkan karier itu. Cuma, dia cuba untuk lebih bersikap teliti memilih terhadap watak yang ditawarkan kelak.

“Begitu juga dengan persembahan nyanyian yang ditawarkan, saya kena lihat jenis penganjuran majlis itu. Dalam mengejar saham akhirat, kerja-kerja di dunia tidak dilupa. Saya begitupun akan bekerja mengikut cara yang dibenarkan.

“Penampilan saya juga berbeza apabila kini saya sentiasa berjubah, memakai kopiah dan berjanggut. Pernah beberapa kali saya disindir hanya kerana saya adalah penyanyi rock tetapi Alhamdulillah ia adalah dugaan untuk saya,” katanya.

Dalam pada itu, Zul berkata, dia bersyukur kerana berkesempatan menggunakan popularitinya sebagai selebriti selama lebih 15 tahun berkecimpung dalam bidang seni untuk digunakan pula dalam kerja dakwah.

“Keputusan mendekatkan diri dengan tabligh dan kerja amal datang selepas arwah bapa saya meninggal dan ketika itu saya sedar banyak melepaskan masa berkualiti bersamanya kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia.

“Alhamdulillah saya berasa amat bersyukur apabila diberi peluang sebegini untuk bersama-sama dengan ahli-ahli agama dalam menjalankan kerja dakwah dan amal,” katanya lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori