JAKARTA – Tiga penumpang dan dua anak kapal pesawat ringan yang dilaporkan terhempas di Wilayah Papua semalam, disahkan terbunuh, lapor agensi berita China Xinhua.
Jurucakap pasukan pencari dan penyelamat berkata lokasi pesawat terhempas telah pun ditemui dan usaha mengeluarkan mayat mangsa dari tempat kejadian sedang dilakukan.
“Empat jenazah mangsa telah berjaya dibawa keluar dan dihantar ke hospital di bandar Wamena, manakala usaha untuk mengeluarkan jenazah seorang lagi mangsa sedang dilakukan,” katanya.
Pesawat tersebut dikendalikan sebuah syarikat penerbangan swasta yang beroperasi di sekitar Wilayah Papua.
Ketika kejadian pesawat itu dilaporkan berlepas dari bandar Wamena dan menghala ke Derakma. – BERNAMA