Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Inilah Giant George, Anjing...

TAHUKAH anda, Giant George atau lebih dikenali sebagai George merupakan anjing tertinggi di...

Cuti Bergaji Jika Bapa...

LONDON – Britain merancang melaksanakan inisiatif cuti bergaji kepada golongan bapa bagi membolehkan...

Lawak… Parodi Suri Hati...

GANDINGAN serasi Alif Satar dan Siti Nordiana menerusi drama bersiri Dia Semanis Honey pernah...

Sultan Nazrin Shah Dianugerahi...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima Darjah...

3,454 Anggota, Pegawai PDRM Bantu Banjir Di Selangor

PETALING JAYA: Seramai 23,090 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam keadaan siap siaga bagi membantu bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri susulan hujan berpanjangan sejak semalam.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kekuatan tersebut sebagai persediaan bagi membantu kekuatan sedia ada di semua kontinjen di seluruh negara.

“Selain itu, aset-aset PDRM akan digerakkan jika ia diperlukan dalam membantu bencana ini.

“Ia melibatkan sebanyak 369 bot dan enjin, 36 jet ski, 347 lori dan 1,408 kenderaan pacuan empat roda (4×4) serta lain-lain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Acryl Sani memberitahu, daripada jumlah itu, seramai 3,454 pegawai dan anggota PDRM telah siap sedia digerakkan bagi membantu kontinjen Selangor.

Banjir: ATM Atur Gerak Anggota Dan Aset Bantu Mangsa Terjejas

Setakat pukul 5 petang tadi, hampir 3,000 mangsa di Klang serta daerah Kuala Langat dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ekoran kejadian banjir disebabkan penurunan hujan yang berterusan sejak pagi semalam.


Malah, sebahagian Lebuhraya Persekutuan terutama di Batu Tiga ditenggelami air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ekoran limpahan air dari Sungai Damansara.

Akibatnya ratusan kenderaan terkandas dan ada yang ditenggelami air kerana cuba mengharunginya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau telah meminta Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara untuk menggunakan aset dan agensi sokongan lain bagi memindahkan mangsa banjir dan memastikan bekalan makanan serta keperluan disediakan di PPS terlibat.

UtusanOnline

Ikuti Twitter Mynewshub di sini 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori