Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Kesan Pembantu Rumah...

POLIS kini sedang giat menjalankan usaha mencari seorang pembantu rumah warga Indonesia yang...

Kajian Mansuh Semua Tol...

MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kajian pemansuhan semua tol memerlukan 2 atau...

Anwar, Isa Layak Bertanding...

PORT DICKSON - Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson...

Israel Mesti Berhenti Musnahkan...

 NEW YORK - Presiden Mahmud Abbas mendesak Israel berhenti daripada terus 'memusnahkan' iklim...

4 Mayat Pelajar Politeknik Lemas Ditemui

DUNGUN – Mayat terakhir pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), yang hilang dihanyutkan ombak ketika mandi di Pantai Teluk Bidara di sini, Jumaat lalu, ditemui terapung pada jam 3 petang tadi oleh pasukan penyelamat, kira-kira dua batu nautika dari Pantai Teluk Bidara.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Sharikan Bustaman, berkata mangsa keempat dan terakhir yang lemas itu, Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee, berasal dari Air Keroh, Melaka adalah atlet silat olahraga negeri itu.

Sebelum itu, mayat Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan dari Kuala Terengganu ditemui pada jam 11.35 pagi oleh sekumpulan nelayan di Teluk Lipat, kira-kira lapan kilometer dari lokasi kejadian, manakala mayat Muhamad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed dari Kuantan, Pahang pula ditemukan terapung pada jam 12.09 tengah hari oleh pasukan penyelamat, kira-kira satu kilometer daripada mayat Muhammad Ikhwan.

Mayat Muhammad Zul Fahmi Zuki dari Kemaman pula ditemui orang awam dalam keadaan terdampar di pesisir pantai berdekatan Mayang Sari Resort, di sini, pada kira-kira 7.30 pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.30 petang Jumaat lalu, empat sahabat itu yang semuanya berumur 21 tahun, dikatakan mandi di kawasan berbatu dan tergelincir, sebelum dipercayai ditarik ombak.

Sharikan berkata, keempat-empat mayat dihantar ke unit forensik Hospital Dungun untuk tindakan selanjutnya.

Kategori