Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Awas! Taktik Baharu Sindiket...

KUALA LUMPUR - Tidak pernah serik… Itu yang boleh dilabelkan kepada sindiket penipuan...

Jurutol Didakwa Cederakan Bayinya...

KAJANG - Seorang jurutol wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Yahya Cadang Cukai Majlis...

PUTATAN - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin mencadangkan cukai kadaran...

Anak Bunuh Diri, Mahu...

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditemui mati bersama dengan sekeping nota menyayat...

478 Pasukan Sertai Piala Bola Sepak Robotik 2018

UNIK… Bola sepak adalah sukan pilihan yang sangat digemari ramai bukan sahaja manusia yang beraksi malah robot juga dicipta khas untuk dipertandingkan menunjuk aksinya.

Antaranya Pertandingan Piala Bola Sepak Robotik 2018 (RoboCup) telah diadakan di Tehran, Iran yang melibatkan sebanyak 478 pasukan dari 11 negara, termasuk Jerman, Turki, India, China, Singapura dan Korea Selatan.

Media melaporkan acara tersebut menyaksikan persaingan dengan pasukan tempatan bagi merebut trofi kemenangan kejohanan.

Lapor AlJazeera, pertandingan tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Serantau RoboCup Iran dan Qazvin Islamic Azad University yang diadakan di Teheran Permanent International Fairground dari 3 hingga 7 April lalu.

Antara kataegori yang dipertandingkan adalah RoboCupSoccer, RoboCupRescue, RoboCup @ Home, RoboCup @ Work, RoboCup Junior dan IranOpenDeminer.


Juara liga dimenangi oleh pasukan dari Leipzig University of Applied Sciences dari Jerman, manakala pasukan tuan rumah, Qazvin Islamic Azad University Iran memenangi trofi keseluruhan dengan memenangi tujuh kategori.

Naib Presiden Sains dan Teknologi Iran, Sorena Sattari ketika berucap pada perasmian kejohanan itu turut menyeru institusi industri mengambil pakar dalam kalangan robotik muda sebagai pekerja mereka.

“Dasar dalam bidang industri perlu ditukar supaya sistem robot lebih banyak dicipta oleh generasi muda untuk digunakan dalam industri,” katanya semasa pembukaan pertandingan tersebut.

RoboCup adalah inisiatif penyelidikan dan pendidikan antarabangsa yang mengkaji teknologi buatan dan utiliti untuk aplikasi masa depan sambil memupuk minat pelajar muda dalam robotik. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori