Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pakatan Pertahan Azmin Kes...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan akan mempertahankan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),...

Rombakan Kabinet: Ini Muka...

KIRA-KIRA jam 1.45 petang tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah...

Parlimen Belia Malaysia Diteruskan

JOHOR BAHRU - Parlimen Belia Malaysia (PBM) akan kembali bersidang selepas beberapa bulan...

‘Tiada Lagi Hukuman Penjara...

Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada Jumaat lepas bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam...

5 Orang Sudah Beri Keterangan Kes Beng Hock

PASUKAN Siasatan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah merakam keterangan lima individu bagi membantu siasatan mendiang Teoh Beng Hock.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, lima individu itu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dan Peguam M Manoharan yang juga bekas ADUN Kota Alam Shah.

Menurutnya, pihaknya juga akan memanggil Tricia Yeoh yang membangkitkan isu-isu di dalam artikel sebuah media cetak bertarikh 17 Julai lalu bagi membantu siasatan.

“Turut akan dipanggil beberapa saksi awam termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan lanjut untuk rakaman percakapan dalam masa terdekat ini.

“Selepas itu, kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Noor Azam berkata, Pasukan Siasatan Khas itu ditubuhkan selepas Peguam Negara mengarahkan kes kematian mengejutkan Teoh disiasat semula mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan (kurungan salah).


“Ia susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa kematian mendiang adalah kesalahan jenayah.

“Punca mendiang jatuh dari bangunan disebabkan tindakan, menyalahi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata, punca kejadian didorong oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali termasuk pegawai SPRM dan mendiang ditahan secara konstruktif. – myMetro Online

Kategori