50 Pembalak Diculik Militan Boko Haram

KANO (NIGERIA) – Kira-kira 50 pembalak dipercayai menjadi mangsa penculikan kumpulan militan Boko Haram di timur laut Nigeria bersempadan dengan Cameroon.

Menurut militan awam serta penduduk setempat, kesemua tebusan itu berasal dari penghuni kem perlindungan dan diculik oleh kumpulan yang menyokong Abubakar Shekau ketika sedang mengutip kayu, Sabtu lalu.

“Kesemua lelaki itu dikumpulkan sebelum dibawa pergi oleh pemberontak Boko Haram dan tiada maklumat mengenai mereka diketahui sehingga kini.

“Dua pembalak berjaya melepaskan diri dan menceritakan kejadian itu sebaik tiba di kampung,” kata ketua militan, Umar Kachalla.

Menurut Kachalla, beliau tidak memiliki jumlah tepat pembalak yang diculik namun kumpulan seperti itu lazimnya disertai 50 orang pada satu-satu masa.

Penculikan berkenaan berlaku di perkampungan Bulakesa, 25 kilometer dari pekan Gamburu di negeri Borno.

Kebangkitan kumpulan militan Boko Haram di rantau itu telah meragut ribuan nyawa dan menyebabkan lebih 2 juta penduduk kehilangan tempat tinggal di Nigeria.

Pada 2014, Boko Haram dalam satu insiden yang menggemparkan dunia telah menculik 276 kanak-kanak dan remaja perempuan berusia antara 12 hingga 17 tahun di sebuah sekolah di pekan terpencil Chibok, juga di dalam negeri Borno. – AFP/BH ONLINE

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...