Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tubuh Badan Khas Untuk...

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak bercadang untuk menubuhkan...

Khalid Ibrahim Nafi Tawar...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor tidak pernah menawarkan bayaran sebanyak RM2.975 bilion bagi...

Mangsa Rentung Disyaki Libatkan...

KUALA KANGSAR - Lima individu yang rentung dalam kemalangan di Km255.3 di Lebuhraya...

Tuntutan Palsu RM38.4j, Pegawai...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengaku tidak...

6 Sekeluarga Maut, 4 Cedera MPV Terbabas Di LPT2

KUALA TERENGGANU – Percutian 10 anggota keluarga menjadi episod ngeri apabila enam daripada mereka termasuk tiga kanak-kanak maut setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terbabas di Kilometer 288.6 di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) hari ini.

Kemalangan selepas susur Tol Chukai itu berlaku kira-kira 5.30 petang tadi dan turut menyebabkan empat yang lain cedera.

Mereka yang maut di tempat kejadian ialah Ahmad Razi Abd Rahman, 63, (abang pemandu), Pauziyah Awang, 56 (isteri Ahmad Razi), Quratulnisa, 11 dan Ahmad Nijat, 9, (kedua-duanya anak pemandu) serta Sofea Adriana Shahruddin, 7, yang merupakan cucu Ahmad Razi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Normansah Din berkata isteri pemandu, Mahani Ngah, 42, pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kemaman.

Pemandu MPV Hyundai Starex itu, Ahmad Nasal Abd Rahman, 52, cedera ringan manakala tiga lagi anaknya iaitu Ahmad Mukriz, 3, Ahmad Shakir, 12, dan Quratul Ain, 14, cedera parah dan kesemua mereka dihantar ke hospital oleh orang awam, katanya dalam sidang media di sini, malam ini.

Normansah berkata berikutan rempuhan kuat kemalangan itu, tiga daripada mangsa telah tercampak keluar daripada kenderaan itu.

Enjin MPV berkenaan juga terkeluar daripada ruangnya, kata beliau.

Menurutnya mereka sekeluarga datang dari Kedah untuk menghadiri kenduri kahwin di Felda Jengka, Pahang sebelum meneruskan perjalanan ke Universiti Malaysia Terengganu untuk melawat adik Ahmad Nazal dan Ahmad Razi.


Kejadian itu dipercayai berlaku akibat tayar kiri hadapan MPV itu pancit menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan sebelum ia terbabas ke pembahagi jalan tengah lalu terlanggar tiang jambatan, katanya.

“Ahmad Mukriz dan Quratul Ain akan dihantar segera ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut,”katanya.

Sementara itu, seorang anggota keluarga mangsa yang dihubungi Bernama berkata keluarga itu sempat bercuti di Bukit Tinggi, Pahang sebelum menuju ke Kuala Terengganu untuk menemui anggota keluarga lain.

Erma Idayu Mohd Yusop berkata bapa saudaranya, Ahmad Razi, pesara kerajaan dan isterinya Pauziah Awang menetap di Shah Alam manakala anggota keluarga lain menetap di Kodiang, Kedah.

“Pihak keluarga kami akan ke Shah Alam bagi menguruskan jenazah mereka,” kata Erma Idayu yang juga pemberita sambilan Bernama di Biro Pulau Pinang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori