‘63% Banduan Pesalah Kecil Dadah, Reformasi Penjara Perlu Disegerakan’

Azalina Othman Said membangkitkan keperluan segera untuk memperbaharui undang-undang berkaitan dadah di Malaysia.

Azalina yang kini menjadi penasihat khas perdana menteri bagi hal ehwal undang-undang dan hak asasi manusia berkata, 63 peratus daripada banduan di negara ini menjalani hukuman atas kesalahan dadah yang kecil.

Dia berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama dalam Sidang Reformasi Penjara Serantau anjuran Suhakam, di Kuala Lumpur hari ini.

“Saya harap dapat lihat pembaharuan dibuat terhadap dasar berkaitan undang-undang jenayah, bermula dengan pembaharuan mudah dalam hukuman dan perundangan berkaitan kesalahan dadah.

“Kira-kira 63 peratus banduan di Malaysia dihukum atas kesalahan dadah kecil.

“Ini memberikan kita peluang untuk mengalihkan 63 peratus populasi penjara ke program tahanan dan pemulihan alternatif,” katanya kepada hadirin dalam kalangan aktivis hak asasi manusia tempatan serta dari Thailand, Filipina, Myanmar, Indonesia dan Timor Leste.

Dalam pada itu, Azalina berkata usaha untuk nyah jenayah percubaan bunuh diri juga perlu dikendalikan dengan cara serupa, atas sebab yang sama.

Sejak beberapa tahun lalu, terdapat perbincangan untuk meminda undang-undang berkaitan dadah termasuk pengumuman berkenaan perkara itu oleh kerajaan PH. Namun setakat ini belum ada undang-undang yang dipinda.

Sebelum ini Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata produk yang mengandungi kanabis yang digunakan untuk perubatan boleh diimport dan digunakan di Malaysia jika ia tidak melanggar undang-undang.


Khairy berkata, akta sedia ada untuk mengawal kanabis adalah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penjualan Dadah 1952, yang tidak melarang penggunaan kanabis untuk perubatan.

Dia juga berkata produk yang mengandungi kanabis perlu didaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 di bawah Akta Penjualan Dadah 1952.

Walaupun dengan perkembangan tersebut, masih ada individu yang berdepan hukuman mati kerana memiliki kanabis untuk perubatan.

Susulan kematian seorang pengguna ganja di pusat pemulihan dadah di Kubang Pasu, Kedah, Naib Presiden Persatuan Kesedaran Malaysia (Masa) Harish Kumar terdapat tiga isu berkaitan yang disebut oleh pentadbiran PH tetapi belum dijadikan undang-undang.

Pertama berkaitan membenarkan penjualan dan pemilikan ganja perubatan.

Kedua untuk nyah jenayah terhadap pemilikan dadah dalam kuantiti kecil, agar penagih dapat dilayan sebagai pesakit dan bukannya penjenayah. Perkara ini pernah diumumkan Dr Dzulkefly Ahmad ketika menjadi menteri kesihatan, tetapi belum dijadikan undang-undang.

Ketiga adalah memansuhkan hukuman mati mandatori dalam Akta Dadah Berbahaya 1952. Perkara ini dalam semakan ketika mendiang Liew Vui Keong menjadi menteri undang-undang, tetapi tidak diwartakan sehinggalah keruntuhan kerajaan PH.

-Malaysia Kini

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...