SARAJEVO – Satu letupan kuat menggegarkan kilang penapisan minyak Brod di utara Bosnia dekat sempadan Croatia semalam, mencederakan lapan orang pekerja.
Menurut jurucakap polis, Dragana Kerkez, bomba berjaya mengawal kebakaran selepas letupan itu berlaku kira-kira pukul 9.30 malam di premis terbabit.
Namun, beliau tidak mendedahkan punca letupan itu.
“Berlaku letupan kuat yang dapat didengar di Slavonski Brod,” kata Kerkez. – REUTERS