Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes Ragut: 2 Lelaki...

JOHOR BAHRU - Dua lelaki berputih mata apabila dicekup sejurus melakukan jenayah ragut...

TMJ Berjanji Akan Terus...

PETALING JAYA : Tunku Ismail Sultan Ibrahim berrjanji akan terus membawa masuk pemain...

Buruh Dipenjara Cekik Isteri...

MUAR: Seorang buruh yang baru selesai menjalani hukuman penjara berkaitan kes dadah, sekali...

Polis Melaka Persiap Anggota...

MELAKA - Polis Kontinjen Melaka sedang mempersiapkan anggota, pegawai dan kakitangan awamnya dari...

84 Kes Kematian Covid-19

PUTRAJAYA – Sebanyak 84 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes kematian di seluruh negara sebanyak 28,576 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat 20 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 5,771 kes,” demikian maklumat pada laman web tersebut.

Kematian tersebut dilaporkan di Sarawak (19), Sabah (16), Perak (12), Selangor (8), Johor (7), Terengganu (7), Kedah (6), Kelantan (5), Melaka (1), Pahang (1), Pulau Pinang (1) dan Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Negeri Sembilan, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Dalam pada itu, sebanyak 73,258 kes aktif melibatkan 56,484 kes dikuarantin di rumah, 9,580 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 6,610 kes di hospital, 279 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 305 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 5,726 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (929 kes), Sarawak (713 kes), Kelantan (685 kes),Sabah (565 kes), Johor (488 kes), Pulau Pinang (378 kes), Kedah (346 kes), Kuala Lumpur (339 kes), Terengganu (292 kes), Perak (257 kes), Melaka (253 kes), Pahang (219 kes), Negeri Sembilan (199 kes), Putrajaya (37 kes), Perlis (23 kes) dan Labuan (tiga kes). – K! ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori