9,356 Pegawai, Anggota Polis Siap Siaga Hadapi PRN Sarawak

GOMBAK – Seramai 9,356 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia sudah bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pasukannya sudah melakukan segala persiapan dari segi modal insan bagi menjamin keselamatan awam sepanjang proses PRN tersebut.

“Seramai 9,356 pegawai dan anggota polis yang sedia ada di negeri berkenaan ketika ini adalah mencukupi.

“Kita juga akan menurunkan pasukan dari Bukit Aman untuk membantu kekuatan pegawai dan anggota tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di sini pada Isnin.

Pada Rabu lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 Sarawak.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh memaklumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan ditetapkan pada 6 Disember manakala pengundian awal ialah pada 14 Disember.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...