98 Kematian Covid-19, Semua Kes Tertunggak

PUTRAJAYA – Sebanyak 98 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dan kesemuanya adalah kes tertunggak.

Daripada jumlah itu, 32 daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Menerusi laman web COVIDNOW, pertambahan kes kematian itu menjadikan sehingga kini jumlah keseluruhan angka korban yang disahkan positif Covid-19 adalah sebanyak 28,674 kes.

Perkembangan itu menyaksikan, daripada jumlah keseluruhan kematian yang direkodkan itu terdapat 22,871 kes kematian direkodkan di hospital dengan 5,803 pesakit Covid-19 meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Mengenai kes yang masih aktif di negara ini, data menunjukkan sehingga jam 11.59 malam tadi, sejumlah 71,713 kes yang masih dijangkiti Covid-19.

Daripada jumlah berkenaan, seramai 55,371 kes atau 77.2 peratus masih menjalani kuarantin wajib di rumah, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (9,611), hospital (6,169), unit rawatan rapi (ICU) (270) dan ICU serta tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (292). – myMetro Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...