Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tiada Masalah Isytihar Harta...

KUALA NERUS - Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersedia...

40 Pelajar, Pensyarah UMK...

KOTA BHARU - Kesemua 40 pelajar dan pensyarah daripada Fakulti Sains Bumi (FSB),...

Penalti Pengendali E-Hailing Langgar...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan...

Gemuk Sangat Punca Risiko...

MIAMI - Berat badan yang berlebihan boleh meningkatkan risiko barah di dalam perut...

A. Rahman Hassan Kritikal, Bergantung Bantuan Pernafasan

SENIMAN veteran, Datuk A. Rahman Hassan berada dalam keadaan kritikal dan kini bergantung pada alat bantuan pernafasan.

Menurut anak penyanyi itu, Khir Rahman, bapanya kini ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, Selangor

Khir berkata, bapanya kini bergantung pada mesin bantuan pernafasan selain ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor.

“Beliau (A. Rahman) kini hanya disokong oleh mesin pernafasan dan ubat-ubatan yang diperlukan untuk bertahan. Tidaklah pasti selama mana,” kata Khir dalam kenyataan yang diedarkan kepada media pada Rabu.

Sehubungan itu, Khir mewakili keluarganya memberi kebenaran bagi mana-mana kenalan untuk menziarahi ayahnya.

“Semoga perjalanan Abah dipermudahkan. Aamiin ya rabbal alamin,” ujar Khir lagi.


Pada Selasa, A. Rahman dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri.

Sebelum itu, pada 1 Jun lalu, penghibur veteran itu dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 3.30 pagi akibat masalah jantung. – Astro AWANI

Kategori