BELI-BELAH dalam talian merupakan kaedah paling mudah dan digemari golongan muda zaman sekarang kerana tidak perlu bersusah payah buang masa untuk berasak-asak dengan orang ramai.
Namun kaedah sebegini tetap mempunyai risikonya seperti ditipu oleh penjual atau barangan yang dibeli adalah berbeza dengan apa yang dikongsikan menerusi laman tersebut.
Beberapa hari lalu, laman Facebook tular dengan perkongsian seorang lelaki bernama Jeremy Russel Priola yang berkongsi foto dirinya mengenakan dress berwarna kelabu.
Menurut Priola, dressĀ anggun sendat berkenaan diperolehnya daripada portalĀ Amazon.com setelah pihak jual beli dalam talian tersebut ‘keliru’ dengan butiran pesanannya.
Melalui status Facebooknya, Priola berkongsi rupa asal baju singlet yang ditempahnya beserta fotonya menggayakan ‘singlet’ yang dihantar oleh pihak Amazon.
“I got this tank top on Amazon and they sent me a dress. On the plus side it does make my ass look great,” tulis statusnya.
Foto Priola menggayakan ‘singlet’ dibelinya membuatkan pengguna laman sesawang geli hati sehingga menerima 49 ribu tanda suka dan 44,579 perkongsian sejak dimuat naik. – MYNEWSHUB.CC