Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Polis Masih Buru Banduan...

KOTA KINABALU - Polis Sabah masih memburu seorang banduan yang melarikan diri ketika...

Armada Tidak Wujud Dalam...

KENA TIPU... Usia baru setahun jagung, namun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudah...

Bangkai Ikan Lumba-lumba Dijumpai...

KOTA KINABALU - Bangkai seekor ikan lumba-lumba dewasa jantan jenis gigi kasar dijumpai...

Duta Madu Kelulut Walk...

PASIR SALAK - Duta Madu Kelulut Walk 2016, Sabri Ali kini telah berjalan...

Abdul Hadi Gesa Boikot Produk Perancis

SHAH ALAM – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia memboikot barangan buatan Perancis sebagai tanda solidariti menentang provokasi terhadap kesucian agama Islam dan kemajmukan beragama dalam masyarakat.

Beliau berkata demikian susulan reaksi Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang menunjukkan sikap permusuhan terhadap Islam selepas peristiwa pembunuhan seorang guru sekolah di negara berkenaan.

“Semua pihak harus mempertimbangkan sikap Presiden Perancis itu yang menegaskan konsep kebebasan dalam penyebaran kartun menghina Rasulullah SAW.

“Sehingga telah mencetuskan tindakan yang dikatakannya melampau apabila seorang pemuda Muslim berbangsa Chechnya membunuh seorang guru yang melakarkan kartun menghina Rasulullah SAW,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah berkata, tindakan Macron dan pelukis kartun yang mencetuskan provokasi keterlaluan dengan menghina Nabi Muhammad SAW itu juga merupakan tindakan melampau.

Ujar beliau, kejadian ngeri yang menimpa guru berkenaan tidak akan berlaku sekiranya Macron bertindak waras dalam menguruskan isu yang berkaitan dengan perbezaan agama dan hak asasi.

“Seandainya Macron berfikiran normal, maka apakah perasaannya jika dilukis dan dilakarkan kartun yang menghina ayah, ibunya mahupun dirinya sendiri?

“Sudah pasti dia sendiri pun mempunyai perasaan marah jika perkara itu dilakukan di hadapannya. Sekiranya dia tidak rasa marah apabila dilakukan sedemikian, itu menandakan dia seorang yang berada di luar tabii manusia biasa,” ujarnya.

Pada 16 Oktober lalu, seorang guru telah dipenggal kepalanya dalam kejadian sekitar jam 5 petang (waktu tempatan) berhampiran sebuah sekolah di Conflas Saint-Honorine kira-kira 30 kilometer di barat daya Paris.


Sebelum itu, mangsa didakwa memaparkan kartun merujuk sebagai Nabi Muhammad SAW ketika mengendalikan subjek berkaitan kebebasan mengeluarkan pendapat.

Suspek utama pembunuhan tersebut dikenal pasti sebagai seorang remaja kelahiran Rusia berketurunan Chechen.

Remaja berusia 18 tahun itu bagaimanapun maut akibat ditembak polis selepas cuba melawan ketika ditahan.

Susulan itu, Macron dilaporkan media berikrar Perancis tidak akan menyerah kalah dalam isu kartun berkenaan.

Dalam laporan yang sama, Macron turut menyatakan pembunuhan guru tersebut yang dilakukan seorang remaja berketurunan Chechen itu terjadi ‘kerana Islam mahukan masa depan mereka’.

Mengulas lanjut, Hadi berkata, umat Islam diwajibkan bersabar dan dilarang bertindak melampaui batas dengan hanya menumpukan kepada seorang individu yang bertindak melampau.

Menurutnya, bukan semua penganut Kristian, rakyat Eropah dan Perancis yang mengambil pendirian yang sama dengan individu tersebut. – Sinar Harian

Kategori