Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kesal Tidak Banyak Negara...

KANGAR – Masyarakat antarabangsa wajar menunjukkan rasa simpati terhadap nasib umat Islam Rohingya...

Kerajaan China Mahu Hentikan...

CHINA sedang berusaha menghentikan trend ke arah majlis perkahwinan yang semakin mewah dan...

Lawak.. Pekerja Biasa Tersilap...

LANCE Futch, 26, seorang pekerja dari syarikat Vivint Solar berada dalam keadaan kebingungan selepas...

Bayi Runtuhan Tragedi Highland...

SEORANG pegawai bomba baru-baru ini telah meluahkan rasa berharap dapat bertemu dengan bayi...

Adam Rosly Ditahan SPRM Isu Kekayaan Luar Biasa

PUTRAJAYA – Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimiliknya.

Media tempatan melaporkan, Adam dilihat dalam keadaan tangan digari ketika berada di lobi SPRM kira-kira jam 4.10 petang tadi.

Baca: Skandal Rumah Mewah: Adam Rosly Enggan Dedah Niaga Apa

Adam, 28, hadir ke pejabat SPRM hari ini bagi memberi keterangan sekali lagi berhubung dakwaan terhadap dirinya.

Dia tiba di pejabat SPRM dengan berbaju batik jingga dan menaiki kereta Audi berwarna hitam kira-kira jam 2.30 petang.

Selepas hampir dua jam beri keterangan, Adam dipercayai ditahan SPRM untuk siasatan lanjut.


Sebelum ini pada 10 Februari lalu, SPRM sudah pun merakam keterangan Adam berhubung dakwaan kemewahan luar biasa Adam yang didakwa memiliki banglo dan beberapa kereta mewah meskipun baru memegang jawatan dalam PKR.

Kekayaan Adam itu menimbulkan persoalan dan beberapa pemimpin politik membuat laporan supaya siasatan dilakukan terhadap Adam yang memilik kekayaan luar biasa pada usia muda. – MYNEWSHUB.CC

Kategori