ADUN Ditahan Positif Dadah

BUKIT MERTAJAM: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Perak ditahan polis selepas ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atasnya positif dadah.

ADUN itu dilaporkan ditahan di sebuah restoran yang berlatar seolah-olah seperti kelab malam dekat Perai, di sini, kira-kira jam 9 malam tadi.

Difahamkan, restoran itu dahulunya adalah sebuah kelab malam dan kini beroperasi menggunakan lesen restoran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah mengesahkan mengenai penahanan ADUN itu.

Mustafa Kamal bagaimanapun enggan mengulas lanjut memandangkan perkara itu masih dalam siasatan polis.

“Polis mengadakan serbuan di premis itu dan melakukan ujian saringan air kencing terhadap 36 pelanggan termasuk ADUN berkenaan sebelum dia didapati positif.


“ADUN itu kini direman selama sehari dan kita akan menyelesaikan siasatan sebelum membebaskan ADUN terbabit dengan jaminan polis,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Jelasnya, ADUN itu akan dibebaskan sementara menunggu laporan patologi siap.

“Ujian awal akan diserahkan kepada pakar patologi untuk pengesahan lanjut,” katanya.

BHonline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...