Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Hilang Di...

KUCHING - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih mencari seorang warga emas berusia...

‘Nur Alert’ Sebar Info...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan sistem amaran awal...

Hantu Kak Limah Atasi...

LARIS... Filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold, Hantu Kak Limah berjaya catat...

Malaysia Tidak Lengkap Tanpa...

MIRI - Kerajaan Persekutuan melakukan pelbagai usaha untuk mensejahterakan Sarawak kerana mengiktiraf kepentingan...

ADUN PKR Sebar Surat Palsu Konon UMNO Beri Cuti

KANTOI… Sama ada sakit hati atau risau dengan lawatan Perdana Menteri ke Permatang Pauh pada 17 Ogos ini mendapat sambutan penduduk, seorang wakil rakyat PKR ‘menyebarkan’ surat palsu!

Dr. Afif Bahardin yang merupakan ADUN Seberang Jaya dan terletak dalam Parlimen Permatang Pauh, menerusi laman sosial Twitternya didapati memuat naik sekeping surat yang didakwa kononnya sebagai ‘surat cuti UMNO’.

Perbuatan tidak bertanggungjawab beliau yang merupakan Exco Jawatankuasa Pertanian, Industri berasaskan Agro, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang ternyata turut dikutuk ramai netizen tempatan sendiri.

Dalam status berkenaan, Afif mendakwa konon ia surat cuti tanpa rekod oleh Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said sempena dengan program lawatan rasmi Datuk Seri Najib Tun Razak ke kawasan berkenaan.

Ini jelas menunjukkan sifat irihati pemimpin muda PKR berkenaan dan beliau seolah-olah mahu menunjukkan bahawa kepimpinan UMNO Bahagian Permatang Pauh dalam keadaan terdesak cuba menyalahgunakan kuasa.

Ketika beliau patut contohi sikap ADUN PKR Penanti, Dr. Norlela Ariffin yang juga dalam kawasan Permatang Pauh gigih perjuangkan kebajikan rakyat, Afif sebaliknya memilih menyebarkan fitnah dan hasut rakyat benci UMNO.

Dalam satu kenyataan balas, Mohd. Zaidi dipetik portal tempatan turut menafikan sekeras-kerasnya kewujudan surat tersebut apatah lagi memberi pelepasan cuti tanpa rekod sempena lawatan Najib selaku presiden UMNO.

“Sudah lumrah kepada mereka yang melemparkan fitnah untuk memburukkan pihak lain termasuklah melakukan serangan peribadi bagi menggagalkan agenda pemimpin Pusat. Ini adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.


“Mungkin kerana pemimpin tertinggi kerajaan Persekutuan yang mengadakan lawatan ke sini, maka ada pihak tidak bertanggungjawab dengan cuba memburukkan nama saya dan juga UMNO Bahagian di sini,” ujar Mohd. Zaidi lagi.

Sambil menyifatkan ADUN itu sengaja mahu mencalarkan imej UMNO, beliau juga menyifatkan perbuatan tidak bermoral tersebut adalah sebagai satu serangan peribadi yang dilakukan untuk menjatuhkan maruah dirinya.

“Ini mahu rosak kredibiliti saya sebagai ketua bahagian dan pemimpin UMNO setempat. Lagi pula, surat yang tular itu memang tidak sah dan tidak boleh diguna pakai dalam mana-mana sektor sama ada swasta atau pun kerajaan.

“Kita tahu Permatang Pauh ini adalah kubu kuat pembangkang tetapi apabila lihat gerak kerja yang diatur UMNO dan pelbagai program mula mendapat sokongan kepimpinan pusat maka sudah tentulah mereka panas punggung.

“Apatah lagi ‘demam’ Pilihan Raya Umum ke-14 sudah makin hampir, maka mereka (pembangkang) mula bimbang melihat masyarakat di sini mengubah laluan kepada UMNO,” jelas Mohd. Zaidi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori