Agenda Transformasi Parlimen Dibawa Kepada PM 2 November

KUALA LUMPUR – Agenda Transformasi Parlimen akan akan dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 November ini.

Salah satu aspek transformasi berkenaan adalah penubuhan tiga Jawatankuasa Pilihan Khas, termasuklah Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat; Jawatankuasa Pilihan Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan serta Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus Integriti dan Antirasuah.

Menjelaskan perkara itu, Speaker Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim berkata, perubahan ini adalah perlu demi kepentingan rakyat dan negara.

“Saya akan memaklumkan hal-hal ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 November.

“Kita harap sebagai mana yang dinyatakan dalam suasana Keluarga Malaysia, kita dapat menerima perubahan ini secara hati terbuka demi Malaysia dan generasi Malaysia yang sekarang ini bilangannya melebihi 43 peratus daripada pengundi di sesuatu tempat termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya pada sidang media Transformasi Parlimen di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Dewan Negara telah meluluskan usul penubuhan tiga Jawatankuasa Pilihan Khas di mana ia diterima dan dipersetujukan tanpa bahas.

Mengulas lanjut, Rais turut berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jafar telah menerima kertas cadangan tersebut dan meminta beliau mengemukakan kepada kabinet secepat mungkin.

“Saya tegaskan ini hal ehwal Parlimen, Parlimen menentukan. Tidak boleh orang lain, sudut perundangan kita ada dua iaitu Peguam Negara dan satu lagi penasihat undang-undang kami di sini.


“Tidak boleh campur aduk seperti kementerian lain sebab kami bukan kementerian, kami entiti di bawah perlembagaan dan ada hak kepada kami menentukan kenapa sesuatu perkara perlu wujud dalam akta yang boleh dikuatkuasakan,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus Integriti dan Antirasuah, jelas Rais, ia pertama kali diadakan bagi mengimbangi perkara-perkara anti rasuah yang kini tidak diselaraskan.

“Kita tidak ada kuasa untuk campur tangan dalam hal ehwal penyiasatan, tetapi kita ada kuasa untuk menentukan kepentingan negara dan kepentingan rakyat dipatuhi.

“Jawatankuasa antirasuah di Dewan Negara ini akan bercantum dengan jawatankuasa yang sama di Dewan Rakyat. Dan kami akan mengadakan penyelarasan yang rapi. Misalnya kes-kes hilang duit RM6 juta. Banyak hal yang tidak dapat kita teliti dari dekat untuk menasihatkan Perdana Menteri ataupun kerajaan apa harus kita buat demi kepentingan, keadilan dan sebagainya,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, Rais turut menjangkakan semua perkara ini selesai pada hujung November ini dan cadangan tersebut boleh dibawa kembali dalam bentuk Rang Undang-Undang (RUU) sebaik sahaja Dewan Negara kembali bersidang pada 4 Disember ini. – Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...