Agensi Kerajaan, GLC Diseru Guna Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua agensi atau syarikat milik kerajaan (GLC) agar menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan rasmi.

Ini kerana, ujar beliau, bahasa Melayu adalah bahasa ibunda yang amat indah dan hampir pasti ia digunakan oleh semua ahli Keluarga Malaysia.

“Hampir pasti semua ahli Keluarga Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan sesama ahli keluarga kita walau apa jua etnik dan budaya.

“Program-program pemerkasaan bahasa Melayu perlu sentiasa dijalankan, bukan sahaja bersifat lokal malahan di pentas antarabangsa,” katanya menerusi satu entri di Facebook hari ini.

 

Ismail Sabri berkata, beliau menyaksikan pentas akhir Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri edisi ke-14 di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru semalam.


Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang yang disifatkannya begitu menjiwai bahasa Melayu.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua agensi atau pun GLC agar menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan rasmi.

“Gunalah bahasa Melayu, dan berbanggalah dengan bahasa Melayu.

“Bahasa Melayu adalah identiti kita dan kebanggaan kita, Keluarga Malaysia,” katanya.

-Kosmo Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...