Agong Cemar Duli Beli Kuih Di Gerai Tepi Jalan

KUALA LUMPUR – Perkongsian video memaparkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli membeli kuih-muih di sebuah gerai di Taman Koperasi Polis, Jumaat lalu kini tular di media sosial.

Istana Negara menerusi hantaran dalam akaun Instagram rasminya memberitahu, baginda berbuat demikian selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Bilal Bin Rabah Taman Koperasi Polis hari ini.
Peniaga yang menjual kuih tersebut turut teruja apabila Seri Paduka sudi membeli kuih hasil jualan mereka.

Video berdurasi 48 saat itu kini meraih 119,184 tontonan dan rata-rata netizen meninggalkan respon positif di ruangan komen Instagram milik Istana Negara serta berbangga mempunyai seorang pemerintah berjiwa rakyat.

Tulis farra emilia bakar: “Daripada Tengku Mahkota Pahang, sampailah sekarang. Aduhai, membuak-buak hati nak balik bertugas di Pahang,” katanya.

“Tuanku terbaik, dekat dengan rakyat, makan sama dengan apa yang rakyat makan. ALLAHU, semoga tuanku sentiasa dipermudahkan,” kata amirul4646 official. – Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak...

Kemas Kini Alamat Untuk Elak Kekeliruan Di Hari Mengundi

KUALA LUMPUR : Sebarang pertukaran alamat tempat tinggal perlu dikemaskini segera dengan Jabatan Pendaftaran...

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan...

Rakyat Terus Minta Luluskan KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus...

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya...

‘MetMalaysia Keluar Enam Amaran Tapi Tak Diendahkan’

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang...