Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Anwar Adakan Pertemuan Dengan...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan...

Gembira PAS Tak Kerjasama...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan menyambut baik pendirian PAS tidak akan bekerjasama dengan...

Bangunan 40 Tingkat Sebagai...

Sekiranya anda melihat bangunan ini, mungkin perkara pertama yang anda teka ialah sebuah...

PLUS Cipta Rekod Tiada...

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melakar sejarah apabila berjaya melaksanakan urus...

Aidil Zafuan Tak Setuju Tuntutan Mutaah RM300,000

WALAUPUN sudah disahkan bercerai, namun masih belum selesai lagi rupanya urusan di antara pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya, pemain bola sepak Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abdul Razak.

Aidil menerusi peguamnya memfailkan pembelaan di mana dia tidak bersetuju dengan nilai tuntutan mutaah RM300,000 yang dipohon oleh Rita.

Peguam Aidil, Rushdan Sujak Rafie di dalam pembelaannya berkata anak guamnya memberi alasan nilai mutaah yang dipohon oleh Rita adalah melampaui jumlah sepatutnya.

“Anak guam saya tidak bersetuju dengan nilai yang dituntut oleh bekas isterinya,” katanya memetik Sinar Harian.

Mahkamah telah menetapkan 9 Oktober depan sebagai sebutan semula kes tersebut.


Untuk makluman, pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 2008 dan disahkan bercerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban pada 6 September 2013.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: AUDREY LEE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori