Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

PAN Dakwa Dunia Ketawa...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) seolah-olah memperkecilkan kemampuan negara berdaulat Malaysia...

Djokovic Dapat Inspirasi Baharu...

PARIS - Semangat menjadi ayah menyuntik semangat baharu kepada Novak Djokovic selepas dia...

ICJ Dan Batu Puteh:...

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura sekali lagi menegaskan komitmen kedua-dua negara untuk menyelesaikan...

Pakar Seismologi Boleh Bantu...

JOHOR BAHRU - Kerajaan disyor membangunkan sekumpulan pakar dalam bidang seismologi yang dilatih...

Air Pasang Besar Di Klang: Tiada Kawasan Dinaiki Air

SHAH ALAM – Tiada kawasan di sekitar Klang dilanda banjir berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku kira-kira 6.30 pagi tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Alimaddia Bukri berkata pemantauan di kawasan-kawasan berisiko tinggi dinaiki air mendapati tiada limpahan air laut melepasi ban dan keadaan adalah terkawal.

“Seramai 91 anggota keselamatan terdiri daripada JBPM, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam mula berkawal di Sementa, Tok Muda dan Batu 4 sejak 4 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berdasarkan jadual pasang surut air bagi kawasan Pelabuhan Klang, paras air laut diramalkan berada pada paras tertinggi mulai hari ini sehingga Khamis dengan ketinggian mencecah 5.6 meter.

Sebanyak 10 kawasan di daerah itu antaranya Sementa, Pelabuhan Klang, Kampung Tok Muda, Kampung Sungai Keramat dan Kampung Perepat dikenal pasti berisiko tinggi dilanda banjir akibat fenomena berkenaan. – BERNAMA

Kategori