Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Dr Dzulkefly Tidak Takut...

IPOH - Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan beliau tidak bimbang...

14 Menara Telekomunikasi Bakal...

TENOM - Empat belas menara telekomunikasi bakal dibina di daerah kecil Kemabong, kira-kira...

Keterangan Ragu, Lelaki Dakwa...

IPOH - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya disamun sehingga mengakibatkan kerugian wang syarikat...

22 Didakwa Salah Guna...

KUALA LUMPUR - Seramai 22 pemilik akaun laman sosial, laman sesawang dan blog...

Aisyah Aziz ‘Mengamuk’ Di IG Gara-Gara Terlalu Seksi

TIDAK tahan asyik dicemuh oleh netizen, penyanyi Aisyah Aziz meluahkan rasa ‘bengang’nya di laman sosial.

Gara-gara berpakaian seksi, Aisyah berkata, dia kesal ada segelintir netizen melampaui batas dengan memberi kritikan berbaur negatif tanpa memikirkan kesan ke atas dirinya.

“Kadang kala apabila dibiarkan, kritikan yang dilemparkan melampaui batas. Saya bersuara kerana enggan membiarkan diri dipijak sesuka hati.

“Saya dicemuh kerana dikatakan berpakaian terlalu seksi sehingga dituduh tidak beragama. Siapakah mereka untuk meletakkan hukum kepada saya?

“Media sosial digunakan kerana ia adalah medium paling dekat untuk berkomunikasi dengan peminat. Saya boleh menerima teguran, namun biarlah kena pada caranya,” katanya kepada BH Online.

Baru-baru ini, bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) 2013 itu meluahkan perasaan menerusi Insta Story mengenai kritikan netizen terhadapnya.


Malah, adik kepada penyanyi Aliff Aziz ini juga turut menyekat akaun-akaun yang memberikan kritikan pedas terhadapnya kerana merasakan mereka cuma memberikan aura negatif terhadapnya.

Bagaimanapun, Aisyah tidak mahu episod buruk ini menjejaskan fokusnya sebagai penyanyi profesional.

Mahu terus mencari tapak di dalam industri muzik, Aisyah bakal muncul dengan sebuah single terbaru tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori